awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya bukan Superman, bukan Ironman - Lee Zii Jia tidak ambil mudah penurunan ranking dunia

Astro Arena
Astro Arena
30/08/2023
22:04 MYT
Saya bukan Superman, bukan Ironman - Lee Zii Jia tidak ambil mudah penurunan ranking dunia
ZII JIA: Saya tiada sebarang formula untuk keluar daripada situasi ini. Saya bukan Superman, saya bukan Ironman, saya tidak boleh berubah sekelip mata. - Foto Astro ARENA
PERSEORANGAN lelaki utama negara, Lee Zii Jia, berkata dia tidak mengambil mudah penurunan ranking dunia semasanya.
Kemas kini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan ranking dunia Zii Jia kini turun satu anak tangga kepada ke-14.
Bagi Zii Jia, kekalahan demi kekalahan yang dialaminya cukup menyakitkan untuk dilalui, termasuk ketika terkandas dalam pusingan 16 Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark minggu lalu.
Bagaimanapun, dia tidak mengambil mudah keadaan itu dan sentiasa berusaha untuk kembali mendapatkan prestasi terbaik.
"Saya tiada sebarang formula untuk keluar daripada situasi ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Saya bukan Superman, saya bukan Ironman, saya tidak boleh berubah sekelip mata.
"Saya sedang melakukan segala yang boleh bersama pasukan saya. Saya ada jurulatih dan semua orang yang sedang membantu saya untuk kembali ke prestasi terbaik," katanya.
Mengulas mengenai kekalahannya kepada pemain tuan rumah, Anders Antonsen, dalam pusingan 16 Kejohanan Dunia, Zii Jia berkata jurulatihnya, Wong Tat Meng, menggesanya untuk bersabar melalui proses berkenaan.
"Dia menasihatkan saya benda yang sama kerana dia tahu apa yang sedang saya lalui dengan situasi seperti ini.
"Dia mahu saya bersabar kerana saya tidak suka kalah, sewaktu saya kalah, tiada siapa tahu betapa marahnya saya tetapi dia memujuk saya untuk bersabar.
"Dia kata mudah untuk bercakap tetapi untuk melalui proses ini memang susah," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#ranking dunia
#badminton
#BWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan