[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

'Saya lafazkan syahadah tahun lalu' - Richard Chin

Astro Arena 10/09/2025 | 06:35 MYT
Richard melakukan penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Palestin malam kelmarin. - Foto Bernama
PERTAHANAN muda skuad negara, Richard Chin, mendedahkan bahawa dirinya seorang Muslim selepas melafazkan syahadah pada November tahun lalu, 10 bulan sebelum menerima perkhabaran mengenai peluangnya menyarung jersi Harimau Malaya.


Ringkasan AI
  • Richard Chin, pertahanan muda Harimau Malaya, sah bergelar Muslim selepas melafazkan Syahadah pada November tahun lalu, sebelum dipanggil menyertai skuad kebangsaan.
  • Pemain kelahiran England berusia 22 tahun memilih Malaysia sebagai negara untuk berbakti dan mendalami Islam, sambil menghargai sokongan peminat tempatan.
  • Debut bersama skuad negara berlaku dalam aksi persahabatan menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, di mana Richard masuk sebagai pemain gantian minit ke-79 dan membantu mengekalkan kemenangan 1-0.


Seiring dengan gerak hatinya untuk menerima Islam, Richard melihat negara warisannya, Malaysia, sebagai pilihan tepat untuk berbakti, juga untuk mendalami Islam dengan lebih baik.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain kelahiran England itu berkata: "Saya melafazkan syahadah untuk menerima Islam pada November tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya amat gembira untuk kini menjadi seorang Muslim.

"Sudah pasti di sini saya dapat banyak sokongan daripada peminat sepanjang dua tahun lalu, ia memberikan saya motivasi yang besar untuk bermain buat negara ini.

"Memandangkan ini negara Muslim, ia menjadi lebih baik."

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Richard, 22, melakukan penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam kelmarin.

Pertahanan sayap itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-79, di mana dia menggantikan Quentin Cheng dan memastikan skuad negara mempertahankan kelebihan satu gol -- yang dijaringkan Joao Figueiredo pada minit ketiga -- sehingga ke wisel penamat. -- Stadium Astro





#pertahanan Harimau Malaya #Richard Chin #seorang Muslim #melafazkan syahadah