SPORTS
"Saya masih berfikir nak sokong siapa malam esok" - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada, dan pengendali pasukan, Ruben Amorim di ibu negara pada Selasa.
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada, dan pengendali pasukan, Ruben Amorim di ibu negara pada Selasa.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut berseloroh bahawa beliau masih berfikir pasukan mana yang akan disokong pada perlawanan Manchester United menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam saingan Piala Cabaran Maybank, esok.
"Saya ucapkan selamat berentap buat kedua-dua pasukan yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Saya masih berfikir nak sokong siapa malam esok," kata Anwar.Pertemuan turut dihadiri para pemain dan pengurusan pasukan ASEAN All-Stars yang diketuai oleh Ketua Jurulatih, Kim Sang Sik.
Kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia ialah pada siri jelajah pramusim 2009 menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di venue sama.
Skuad 13 kali juara EPL itu yang menamatkan musim ini di tangga ke-15 dengan 42 mata juga dijadual meneruskan jelajah pramusim ke Hong Kong untuk menentang pasukan kebangsaan negara itu pada 30 Mei ini di Stadium Hong Kong.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami