SUKAN
“Saya rasa tak berguna” – Hamilton kecewa selepas gagal mara ke Q3 di Hungary
Lewis Hamilton meluahkan rasa kecewa mendalam selepas gagal mara ke pusingan ketiga (Q3) sesi kelayakan Grand Prix Hungary, semalam. - Gambar fail AP
BUDAPEST: Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton meluahkan rasa kecewa mendalam selepas gagal mara ke pusingan ketiga (Q3) sesi kelayakan Grand Prix Hungary, semalam.
Hamilton yang kini bersama Ferrari, hanya mencatat masa ke-12 jauh di belakang rakan sepasukan, Charles Leclerc yang menawan petak utama di litar Hungaroring.
“Saya rasa saya tak berguna langsung. Masalah bukan pada pasukan – anda sendiri lihat, kereta ini mampu rebut petak utama. Jadi mungkin mereka patut tukar pemandu,” katanya dengan nada kecewa.
Kenyataan itu hadir ketika spekulasi terus memuncak mengenai prestasi Hamilton yang belum pernah menaiki podium sejak menyertai Ferrari musim ini, selepas 13 perlumbaan.
Sementara itu, Max Verstappen – pencabar utama Hamilton dalam musim panas 2021 – tampil memberikan sokongan moral.
“Melihat prestasi sepanjang hujung minggu ini, sebenarnya saya patut bersyukur dapat masuk ke Q3. Saya banyak kali berada di luar kelompok 10 terbaik,” kata Verstappen yang hanya bermula dari petak kelapan.
“Kereta langsung tiada cengkaman, depan dan belakang. Kami cuba macam-macam ubah suai tapi semua tak menjadi. Jadi, tak terkejut pun dengan hasil kelayakan,” ujarnya.
Pemandu Red Bull itu juga mengakui pasukannya masih belum memahami sepenuhnya isu prestasi jentera mereka.
Malah pada sesi latihan Jumaat, Verstappen turut berdepan detik pelik apabila terpaksa membuang tuala yang tertinggal dalam kokpit ketika memandu.
“Saya pernah cukup laju di sini untuk cabar petak utama, tetapi musim ini memang berbeza sejak dari pusingan pertama lagi,” katanya yang baru sahaja mengesahkan akan kekal bersama Red Bull untuk musim 2026.
“Hamilton tak sepatutnya berada di belakang”
Menjelang perlumbaan utama Ahad ini, Verstappen menjangkakan cabaran sengit bakal menanti.
“Ada beberapa kereta di depan saya yang mungkin saya boleh potong. Lewis pula masih jauh di belakang, dan pada saya, dia sebenarnya tak patut berada di situ pun. Saya yakin dia akan datang dari belakang,” katanya.
Walaupun pernah berseteru hebat suatu ketika dahulu, Hamilton dan Verstappen kini dilihat saling menghormati antara satu sama lain.
Namun, kegagalan Hamilton untuk menyerlah bersama Ferrari setakat ini menimbulkan persoalan tentang masa depannya di Formula 1 – dan sama ada kisah gemilangnya bakal berakhir dengan kesedihan.
Dengan rekod sembilan kali memulakan perlumbaan dari petak utama dan lapan kemenangan di Hungaroring, Hamilton kini perlu bangkit dan tampil dengan satu persembahan luar biasa pada Ahad untuk membuktikan dirinya masih berbisa – seperti yang diramal Verstappen. - Agensi