Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyuarakan kebimbangan baginda terhadap prestasi merosot skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini.
Tengku Abdullah bertitah banginda menaruh harapan tinggi kepada skuad bimbingan Dollah Salleh yang hanya mempunyai masa seminggu sahaja untuk menjelmakan kekuatan sebenar menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura bermula 23 Nov ini.
"Saya sangat risau dengan prestasi skuad negara. Saya berharap mereka (skuad Harimau Malaya) akan bangkit pada Piala AFF Suzuki nanti. Hanya pemain dan jurulatih sahaja yang boleh menentukan kejayaan pasukan.
"Kepada seluruh rakyat Malaysia, kita perlu memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan. Hakikatnya saya mahu mereka bangkit dan menang," titah baginda pada sidang media sempena majlis penyampaian cek daripada Bank Islam Berhad (Bank Islam) kepada FAM di di sini pada Isnin.
Skuad Harimau Malaya menunjukkan prestasi merosot apabila kalah dalam empat daripada lima perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan menghadapi Piala AFF Suzuki.
Pasukan kebangsaan kalah 4-1 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 2-0 kepada Indonesia pada 14 Sept lepas di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia.
Skuad turut diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada skuad Bawah 23 (B-23) Syria di Stadium Shah Alam, Rabu lepas dan semalam tewas 3-1 kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam.
Malaysia hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 Sept lepas.
Berikutan kekalahan demi kekalahan itu, Tengku Abdullah dalam ucapannya menyeru semua pemain perlu bangkit semula menaikkan nama negara di peringkat Asean.
Dalam majlis itu, Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Zukri Samat menyerahkan tajaan berjumlah RM2.35 juta kepada Tengku Abdullah bagi menyokong pembangunan bola sepak negara.
Sumbangan itu adalah hasil usaha sama kad jenama iaitu 'Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau' yang telah dilancarkan pada Mei 2013 untuk peminat bola sepak kebangsaan.
Sehingga bulan lepas, kira-kira 800,000 pelanggan Bank Islam telah menjadi ahli 'Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau'. Jumlah tajaan tersebut adalah sebahagian daripada yuran tahunan dan 0.3 peratus daripada transaksi runcit pelanggan kad debit itu.
Bernama
Mon Nov 17 2014
Saya risau prestasi skuad Harimau Malaya - Tengku Abdullah
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.