awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya seperti dihidupkan semula - Firdaus

Astro Arena
Astro Arena
09/03/2019
09:48 MYT
Saya seperti dihidupkan semula - Firdaus
Firdaus (dua dari kanan) mahu membuktikan kebolehan kepada pasukan. - Astro Arena
PEMAIN sayap Perak, Firdaus Saiyadi, menganggap dirinya umpama 'mati hidup semula' selepas mendapat panggilan skuad kebangsaan tatkala kariernya hampir musnah gara-gara isu doping.
Kelibat Firdaus dalam senarai 25 pemain skuad negara untuk menghadapi Piala Airmarine 2019 sememangnya mencuri tumpuan.
Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini hampir mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak.
Firdaus digantung selama dua tahun oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana didapati positif doping pada 2016.
Begitupun, Firdaus bangkit daripada 'dosa' silamnya dengan membantu Perak memenangi Piala Malaysia tahun lalu dan kini dipanggil mewakili negara buat kali pertama dalam kariernya.
"Ini adalah masa untuk saya membuktikan kebolehan saya kepada pasukan. Saya tidak terfikir dapat beraksi bersama Malaysia dan saya akan cuba yang sebaik mungkin," kata Firdaus.
"Secara fizikal dan mental, Firdaus membuktikan kebolehan bersama Perak. Dia adalah masa depan untuk pasukan ini dan skuad negara," kata jurulatih Mehmet Durakovic.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#firdaus saiyadi
#isu doping
#pemain bola
#Perak
#Piala Airmarine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan