'Saya tak tahu bila kesakitan ini akan berakhir' - Andy Murray umum bersara

Agensi
Januari 11, 2019 10:41 MYT
Murray ialah pemain tenis lelaki Britain pertama memenangi Grand Slam dalam tempoh 76 tahun pada 2012. -Foto Reuters
Juara tiga kali Grand Slam, Andy Murray mengumumkan persaraan daripada sukan tenis selepas mengalami kecederaan tulang pinggul sejak Jun 2016.
Dalam pengumuman penuh emosi di Melbourne, Murray, 31, berkata Wimbledon yang bakal berlangsung Julai ini akan jadi perlawanan terakhir beliau.
“Saya sudah beritahu pasukan saya bahawa saya tidak boleh lakukan lagi,” kata Murray yang nyata tidak dalam menahan sebak.
Tambahnya pemain tenis Britain itu beliau sudah memikirkan soal persaraan sejak sesi latihan pada Disember lepas.
“Saya beritahu pasukan saya bahawa saya tidak tahu bila kesakitan saya akan berakhir. Saya mungkin boleh bertahan sehingga Wimbledon, namun saya tidak pasti jika saya mampu bertahan sehingga Wimbledon,” katanya.
“Saya sudah lakukan segalanya untuk memulihkan kecederaan tulang pinggul dan ia tidak berhasil. Keadaan saya lebih baik berbanding enam bulan lepas namun kesakitan masih ada, ia satu detik sukar,” katanya.
Pada sesi latihan menjelang Terbuka Australia, Murray dilihat berdepan kesukaran ketika berlatih bersama Novak Djokovic.
Murray merupakan pemain tenis lelaki Britain pertama yang memenangi Grand Slam dalam tempoh 76 tahun pada 2012.
Beliau kemudian mengulangi kemenangan bergaya pada 2013 dan 2016 dan memenangi Emas pada temasya Olimpik 2012 dan 2016.
Ia membawa Murray ke kedudukan pertama ATP pada musim 2016.
Sementara itu beberapa pemain tenis dunia menyatakan penghormatan mereka terhadap Murray melalui media sosial.

Tennis will come to an end for us all but the friendships will last a lifetime. What youve done for the sport will live on forever. Im hoping for a strong and healthy finish for you, my friend! @andy_murray pic.twitter.com/Bcs0cdllJp

— Grigor Dimitrov (@GrigorDimitrov) January 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Andy Murray #emosi #Grand Slam #Melbourne #Novak Djokovic #Olimpik #pemain tenis Britain #persaraan #tenis #tennis