awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tidak guna seluruh tenaga" - Azizulhasni ralat hanya raih gangsa

Bernama
Bernama
31/08/2018
10:58 MYT
"Saya tidak guna seluruh tenaga" - Azizulhasni ralat hanya raih gangsa
Mohd Azizulhasni Awang (Kanan) bersama atlet Thailand, Jain Angsuthasawit (tengah) dan atlet Jepun, Yudai Nitta (kiri) pada majlis penyampaian pingat pada acara berbasikal 'Final Keirin' lelaki sempena Sukan Asia Jakarta-Palembang. - Foto Bernama
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal menambah koleksi pingat emas apabila menduduki tempat ketiga dalam acara keirin pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Velodrom Antarabangsa Jakarta hari ini.
Pada saingan hari ini, juara keirin dunia 2017 itu yang memenangi pingat emas dalam acara pecut semalam, gagal meneruskan kayuhan cemerlangnya untuk berada dalam kedudukan teratas podium, dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.
Mohd Azizulhasni yang meraih gangsa pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, mencatat masa 10.203 saat di belakang pemenang pingat emas, Jai Angsuthasawit dari Thailand (10.029s) dan pelumba Jepun, Yudai Nitta yang ketinggalan hanya 0.003s untuk meraih pingat perak.
Bercakap kepada pemberita selepas perlumbaan, Mohd Azizulhasni mengakui kecewa dengan pencapaian tersebut kerana percaya mampu mencatat keputusan lebih baik.
"Keputusan yang menyedihkan sebab saya yakin boleh dapat pingat emas dan persembahan saya juga berada di tahap terbaik. Daripada awal saya simpan tenaga dan tidak mahu menggunakan sepenuhnya sehingga ke final.
"Ia bertambah ralat apabila saya menamatkan perlumbaan final ini tanpa saya berasa penat. Saya tidak menggunakan seluruh tenaga. Saya tidak dapat nak melakukan pecutan terakhir sebab saya tidak mempunyai ruang dan jika saya tetap berbuat demikian, perlumbaan saya mungkin dibatalkan," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelumba Malaysia - Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan acara itu di tempat ketujuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Jepun
#Malaysia
#Olimpik
#sukan
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan