Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
SUKAN

"Saya tidak pernah nafi bahawa saya adalah CEO" - Rob Friend

Astro Arena 19/11/2025 | 04:20 MYT
Sebelum ini menerusi alasan bertulis didedahkan oleh FIFA, Friend menjelaskan beliau hanya berperanan selaku perunding kepada FAM. - Gambar/ Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian NT, Rob Friend, menegaskan beliau tidak pernah menafikan jawatannya sebagai CEO skuad kebangsaan.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Friend berkata penjelasan yang diberikan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hanya berkaitan skop penglibatannya, bukan mengenai jawatan.

"Saya CEO. Penjelasan saya (kepada FIFA) hanya mengenai skop penglibatan saya, bukan peranan mahupun jawatan saya.

"Untuk lebih jelas lagi, saya tidak pernah menafikan bahawa saya adalah CEO," katanya.

BACA: Pendedahan FIFA: Rob Friend hanya konsultan, bukan CEO Harimau Malaya?

Sebelum ini menerusi alasan bertulis didedahkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Friend menjelaskan beliau hanya berperanan selaku perunding kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Dia menyatakan tugasnya adalah membantu projek tersebut terutamanya dalam aspek penambahbaikan kejurulatihan dan staf teknikal.

"Dia menyatakan semua proses berkaitan naturalisasi pemain diuruskan sepenuhnya oleh FAM di Malaysia dan dirinya ditugaskan untuk membantu sejak ia dibuka pada 22 Ogos 2025.

"Selain itu, dia juga menyatakan tidak mengetahui sebarang salah laku dan tidak terlibat dalam mana-mana proses sebelum tarikh tersebut," jelas FIFA. - Stadium Astro








#skandal bola sepak Malaysia #skandal pemain warisan FAM #skandal FAM #Rob Friend bukan CEO