PAUL SCHOLES mendakwa bilik persalinan Manchester United dalam keadaan 'huru-hara' susulan prestasi buruk The Red Devils berterusan dengan kekalahan 3-1 di Arsenal semalam.
Harapan United untuk menamatkan saingan di empat teratas Liga Perdana berakhir di Stadium Emirates apabila mereka tewas kali ketiga dalam empat perlawanan liga utama.
Gol ke-100 Cristiano Ronaldo dalam pertandingan itu tidak mencukupi kerana gol pembukaan Nuno Tavares, penalti Bukayo Saka dan gol Granit Xhaka memperoleh kemenangan untuk Arsenal.
The Red Devils, yang menyaksikan Bruno Fernandes terlepas sepakan penalti, kini telah tewas empat perlawanan liga berturut-turut buat kali pertama sejak enam perlawanan antara Disember 1980 dan 1981.
Mengimbas kembali aksi hambar terbaru United, legenda kelab Scholes mendakwa bekas pasukannya berantakan di belakang tabir ketika dia bercakap baru-baru ini dengan bintang Red Devils, Jesse Lingard.
"Ia benar-benar huru-hara," kata Scholes kepada DAZN. "Bilik persalinan United seperti berdepan bencana.
"Saya berbual cepat dengan Jesse sebelum ini, dan saya pasti dia tidak keberatan mengatakan bahawa bilik persalinan United ketika ini hanyalah bencana."
United berada enam mata di belakang empat teratas, setelah bermain satu perlawanan lagi, dan pengurus sementara, Ralf Rangnick, telah mengakui bahawa harapan untuk layak ke Liga Juara-Juara sudah berakhir.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI STADIUM ASTRO
Astro Arena
Sun Apr 24 2022

Gol ke-100 Cristiano Ronaldo dalam pertandingan itu tidak mencukupi untuk memastikan kemenangan United menentang Arsenal. - Stadium Astro

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Tawar ibadah korban di Bumi Anbia lebih murah - Aman Palestin
Ia menawarkan pakej baharu yang ditambah baik berdasarkan kualiti dan saiz daging yang bersesuaian dengan harga.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Mengapa sekarang? Carragher persoal permintaan Ronaldo tinggalkan United
Cristiano Ronaldo sepatutnya memberitahu Manchester United bahawa dia mahu meninggalkan kelab pada penghujung musim lalu dan bukannya menjatuhkan kejutan pada Julai.

Ronaldo dilapor mahu keluar dari Manchester United
Laporan itu menambah bahawa pemain berusia 37 tahun tersebut percaya dia masih boleh bermain di peringkat elit untuk tiga daripada empat tahun lagi.

Sepasukan bersama Ronaldo 'seperti 1-0 di hadapan' - Szczesny
Wojciech Szczesny berkata bermain dengan Cristiano Ronaldo membuatkan dia berasa seperti pasukannya memulakan perlawanan berkelebihan satu jaringan.

Ronaldo dinamakan Pemain Terbaik Tahunan Manchester United buat kali keempat
Cristiano Ronaldo dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Manchester United buat kali keempat susulan musim pertama gemilangnya selepas kembali ke pangkuan kelab itu.

Paul Pogba tinggalkan Manchester United secara ejen bebas
Pogba dijangka sekali lagi meninggalkan United apabila kontraknya tamat dan ia kini disahkan kelab berkenaan.

De Jong mahu kekal di Barca daripada sertai Manchester United
Pemain kebangsaan Belanda itu kini sedang hangat dikaitkan untuk ke Old Trafford.

Tinggalkan United adalah terbaik bagi kedua-dua pihak - Rangnick
The Red Devils Ahad lalu mengumumkan bahawa Rangnick tidak akan kekal di Old Trafford.

'Baik belum cukup bagus' - Amaran Ten Hag buat pemain Man Utd
Ten Hag menamatkan kontraknya dengan gergasi Belanda itu awal untuk memulakan kerja dengan United lebih awal daripada jadual.

Tidak cukup bagus, sila tinggalkan Man United - Juan Mata
United akan menamatkan kempen dengan pungutan mata terendah dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Ten Hag teruja berkerjasama dengan Ronaldo di Man Utd
Ten Hag menyatakan dia teruja dengan prospek bekerja dengan salah seorang pemain hebat sepanjang zaman.