Sebastian Vettel menang perlumbaan GP Belgium

Astro Awani
Ogos 27, 2018 02:03 MYT
Sebastian Vettel meraikan kejayaannya di podium selepas memenangi perlumbaan GP Belgium di Spa-Francorchamps, Belgium, 26 Ogos, 2018. (AP Photo/Geert Vanden Wijngaert)
Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Belgium mengatasi pendahulu, Lewis Hamilton.
Vettel menang hanya dengan perbezaan 11 saat.
Pelumba Jerman itu kini ketinggalan 17 mata bagi kedudukan pemandu, di belakang Hamilton.
Kemenangan Vettel ini adalah yang pertama buat Ferrari di litar Spa-Francorchamps sejak 2009.
Sementara itu, pemandu Renault, Nico Hulkenberg, dikenakan penalti 10 kedudukan untuk GP Itali.
Ini selepas dia menyebabkan pemandu Mc Laren, Fernando Alonso, terlibat dalam kemalangan di litar sama.
Hulkenberg turut dikenakan penalti tiga mata ke atas lesen perlumbaannya.
Dia menegaskan telah tersalah langkah hingga menyebabkan berlakunya kemalangan.
Kemalangan melibatkan Alonso berlaku kurang 10 saat selepas perlumbaan bermula.
#Belgium #Fernando Alonso #Ferrari #Grand Prix #Itali #kemalangan #Lewis Hamilton #Nico Hulkenberg #Sebastian Vettel