SUKAN
Sebelum juara, berlaku aksi gaduh, tak puas hati di Arena Futsal FAM
Pergaduhan berlaku sewaku minit ketujuh permainan di separuh masa pertama. - Foto Astro ARENA
PERGELUTAN besar berlaku sehingga memaksa pengadil melayangkan lima kad merah dalam perlawanan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) Divisyen 2, semalam.
Berdasarkan kronologi pergaduhan, ia terjadi sewaku minit ketujuh permainan di separuh masa pertama apabila pemain PFA Odin Sarawak, Richman Jack Damsey, tidak berpuas hati dengan tindakan tonggak Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK), Ahmad Firdaus Roslan.
Arena Futsal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dibanjiri peminat menyaksikan insiden yang dicemari itu, dan mula tular di sosial media.
Barisan kejurulatihan kedua-dua pasukan juga kelihatan tegang dan cuba meleraikan drama yang tercetus, sebelum pegawai perlawanan dan pengadil membuat keputusan menghukum individu-individu tertentu.
Permainan bersambung semula dan keputusan terikat 6-6, namun ia sudah memadai buat USMKK untuk bergelar juara selepas mengumpul 26 mata menerusi lapan kemenangan, dengan hanya dibezakan satu mata menewaskan naib juara, Terengganu.
Selaku dua pasukan teratas MPFL Divisyen 2 2025, USMKK dan Terengganu telah layak ke Malaysia Futsal Cup (MFC) 2025 yang turut disertai enam pasukan teratas MPFL Divisyen 1 2025, dengan saingan secara format kalah mati itu akan bermula pada 26 Julai 2025.