[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Sejarah tercipta, Indonesia secara rasminya pasukan paling berjaya ASEAN

Astro Arena 20/11/2024 | 05:30 MYT
Indonesia menjadi pasukan pertama ASEAN berhasil mengumpul enam mata dan mencatatkan satu kemenangan dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia. - Stadium Astro
SELEPAS menewaskan pasukan di ranking ke-59 dunia, Arab Saudi, Indonesia secara rasminya dinobatkan selaku gergasi Asia Tenggara (ASEAN) paling berjaya dalam sejarah disaksikan puluhan ribu peminat tempatan di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Kejayaan itu menyaksikan Sang Garuda merupakan pasukan pertama ASEAN berhasil mengumpul enam mata dan mencatatkan satu kemenangan dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh Vietnam dengan memungut empat mata serta mencatatkan satu kemenangan dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, Thailand sekadar meraih dua mata ketika pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2018.
Skuad kendalian Shin Tae-yong mempunyai baki empat perlawanan tatkala dua daripadanya menentang Bahrain dan China akan dilangsungkan di tempat sendiri.
Harapan setinggi gunung dan mimpi seluas lautan mendorong semangat luas biasa Indonesia menghadapi aksi seterusnya bagi menempah tiket ke peringkat tertinggi dunia itu. -- Stadium Astro
#Indonesia #kelayakan Piala Dunia #kalahkan Arab Saudi #pasukan terbaik ASEAN