awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selagi tak mati, patah tangan, selagi itu terus berjuang - Azlan

Bernama
Bernama
19/05/2025
02:30 MYT
Selagi tak mati, patah tangan, selagi itu terus berjuang - Azlan
Mohamad Azlan sanggup mengetepikan kecederaan tangan terseliuh dialami pada aksi final acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 biarpun menyaksikan Malaysia kecundang 0-2 kepada seteru tradisi, Thailand.
KUALA LUMPUR: Pemain apit kanan negara, Mohamad Azlan Alias sanggup mengetepikan kecederaan tangan terseliuh dialami pada aksi final acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 biarpun menyaksikan Malaysia kecundang 0-2 kepada seteru tradisi, Thailand, semalam.
Tindakan itu, biarpun menjejaskan rentak permainan regu pertama, keputusan yang diambil itu untuk tidak mahu membiarkan rakan sepasukan berjuang sendirian bagi memberi tentangan kepada negara Gajah Putih berkenaan.
"Selagi saya tak mati, tak patah tangan saya tetap mahu berjuang. Saya tak boleh lihat kawan saya 'sakit' (berjuang tanpanya) dan saya tetap tahan juga.
"Saya memang nak keluar (digantikan pemain lain) tapi saya rasa masih boleh teruskan permainan namun tiada rezeki untuk kami menang," katanya kepada pemberita selepas perlawanan akhir semalam.
Pada set pertama, Azlan mengalami kecederaan tangan terseliuh akibat kesilapan sewaktu melakukan pendaratan ketika kedudukan 6-9 sekali gus menjejaskan rentak permainan regu pertama negara.
Azlan yang beraksi dalam kesakitan bersama regu yang turut dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Amirul Zazwan Azmi (apit kiri) itu tewas 11-15 pada set pertama, sebelum bangkit 15-12 namun kecundang 15-17 dalam pertarungan penuh debar.
Dalam pada itu, Azlan sedang menunggu perincian lanjut berhubung kecederaannya namun optimis kembali pulih menjelang kejohanan terdekat.
Beliau berbangga dengan semangat juang ditunjukkan rakan sepasukan biarpun tidak dapat meraih gelaran berpasukan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepak takraw
#Sepak Takraw Piala Asia 2025
#Mohamad Azlan Alias
#Malaysia lawan Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan