[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
SPORTS

Selamat Hari Raya Aidilfitri, jangan lupa aksi bertemu Vietnam - Peter Clamovski

Astro Arena 31/03/2025 | 09:57 MYT
Cklamovski berkata, dia memerlukan sokongan padu peminat tanah air untuk berada di belakang Harimau Malaya bertemu Vietnam, di SNBJ, Jun ini. - StadiumAstro.com
KETUA jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, yang sudah menetap di Malaysia hampir empat bulan tidak melepaskan peluang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat tempatan yang menyambut kemeriahan itu.
Kedatangan pengendali kelahiran Australia itu disambut meriah selepas berjaya memenangi tugasan pertama menewaskan Nepal dalam perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), minggu lalu.
Cklamovski bersama barisan kejurulatihan yang lain dilantik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengemudi skuad kebangsaan mencapai objektif utama iaitu layak secara merit ke Arab Saudi.
Katanya, dia memerlukan sokongan padu peminat tanah air untuk berada di belakang Harimau Malaya bertemu Vietnam, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jun ini.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
#harimau Malaya #Peter Cklamovski #pusingan ketiga #kelayakan piala Asia #FAM #Vietnam