[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
SPORTS

Selamat tinggal Liga Super! Perak sahkan tidak mohon pelesenan kelab

Astro Arena 14/05/2025 | 02:30 MYT
Status Perak FC sama ada kekal beraksi atau sebaliknya dalam Liga Super musim depan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat. - Foto StadiumAstro
PERAK FC tidak akan beraksi dalam Liga Super musim depan apabila pengerusi kelab itu, Datuk Seri Azim Zabidi, mengesahkan pihaknya tidak membuat permohonan lesen kebangsaan.

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Azim mengesahkan tiada sebarang dokumen dihantar kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sehingga tarikh akhir permohonan pada Sabtu lalu.

Status Perak sama ada kekal beraksi atau sebaliknya musim depan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat.

Ia susulan MFL mengesahkan semua pasukan Liga Super sudah membuat permohonan lesen kebangsaan ketika Azim pula mengesahkan The Bos Gaurus terpaksa menarik diri.

Ia gara-gara kemelut kewangan yang dialami kelab berkenaan dan pendirian mereka tidak berubah menerusi pengesahan Azim semalam.

"Setahu saya Perak tidak masuk (Liga Super musim depan) dan kami tidak hantar apa-apa dokumen.

"Dokumen itu perlu membuktikan yang anda memiliki kewangan dan tiada masalah pembayaran gaji, kami tiada semua itu.

"Mungkin maksud mereka semua pasukan yang akan beraksi musim akan datang," katanya.







#Liga Super #Perak FC #lesen kebangsaan #Azim Zabidi