awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor didenda RM100,000, dipotong 3 mata, beraksi tanpa penonton lawan JDT

Astro Arena
Astro Arena
25/06/2024
09:53 MYT
Selangor didenda RM100,000, dipotong 3 mata, beraksi tanpa penonton lawan JDT
MFL telah membuat keputusan bagi kes ketidakhadiran Selangor ke Perlawanan Sumbangsih menentang JDT Mei lalu.
AHLI Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kes ketidakhadiran Selangor ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.
Selepas mengambil pertimbangan pada setiap faktor kes itu, ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu sebulat suara membuat keputusan berikut;
1. Denda sebanyak RM100,000. a. Wang denda ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.
2. ⁠Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL. a. MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.
3. Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.
4. Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton. a. Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#JDT
#denda
#Piala Sumbangsih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan