[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

Selangor FC serah kepada Faisal Halim buat keputusan

Astro Arena 11/09/2025 | 10:05 MYT
CEO Selangor FC, Dr Johan Kamal tegaskan kelab beri sokongan penuh kepada Faisal yang kini berdepan isu peribadi. - Gambar fail/Bernama
SELANGOR menyerahkan sepenuhnya kepada Faisal Halim sama ada mahu terus diberikan ruang bertenang atau menjadi sebahagian daripada watak penting menjelang dua perlawanan mendatang.


Ringkasan AI
  • Selangor beri kebebasan kepada Faisal Halim untuk tentukan sama ada mahu beraksi dalam Piala FA menentang Malaysia University dan aksi ACL2 bertemu Bangkok United.
  • CEO Selangor FC, Dr Johan Kamal tegaskan kelab beri sokongan penuh kepada Faisal yang kini berdepan isu peribadi selepas isterinya memfailkan permohonan cerai.
  • Faisal sempat beraksi bersama Harimau Malaya ketika menewaskan Singapura 2-1, namun digugurkan sebelum aksi menentang Palestin.


Selangor bakal bertemu Malaysia University dalam aksi Piala FA serta menghadapi aksi pertama Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bertemu Bangkok United minggu hadapan.

Faisal yang sebelum ini menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya dan pemain berusia 27 tahun itu sempat beraksi sebagai pemain gantian ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-1, Khamis lalu.

Dia kemudian terkeluar daripada skuad menjelang aksi bertemu Palestin di Stadium Sultan Ibrahim.

Terdahulu, isteri kepada pemain sayap itu, Nur Syazwani Mizuana Shahril, telah memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Berdasarkan ciapan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom di X, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, berkata, "Kita akan bagi sokongan penuh. Saya percaya Kinoshi juga akan beri sokongan penuh. Jadi, apa saja keputusan Faisal Halim, kita akan sokong.

"Kita tahu beliau pemain profesional. Kita semua tahu bagaimana kuatnya beliau, berapa kali beliau jatuh dan bangkit kembali.

"Jadi, saya rasa beliau akan lalui perkara ini dengan baik. Keputusan sama ada Faisal ingin beraksi di perlawanan Piala FA (lawan Malaysian University) Sabtu ini, beliau akan tentukan sendiri.

"Pihak pengurusan dan ketua jurulatih pasukan prihatin dengan situasi semasa Mickey, kami sentiasa berhubung dengan beliau dan bersedia memberi sokongan yang diperlukan.

"Beliau sangat sayang pada keluarganya tapi dalam masa sama profesional dalam kerjaya dan kelab akan beri sokongan penuh kepadanya, saya percaya beliau menghadapi semua situasi ini dengan kuat." -- Stadium Astro




#Faisal Halim #Selangor FC #perceraian