SELANGOR FC akan berkampung di Bangkok selama lima hari dalam misi menguji dua kelab Thailand bulan depan.
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Datuk Johan Kamal Hamidon berkata, pasukan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Ratchaburi FC dan PT Prachuap.
Menariknya, Ratchaburi FC adalah pasukan diwakili Safawi Rasid, manakala PT Prachuap pula melibatkan seorang lagi pemain negara, Junior Eldstal.
“Selangor FC akan menentang dua pasukan kelab yang beraksi di Thailand iaitu Ratchaburi FC dan PT Prachuap selepas kejohanan di Piala Harapan 2023.
“Kami akan berada di Thailand mulai 5 Februari dan dijangka berakhir pada 10 Februari,” katanya pada majlis memperkenalkan jersi Selangor FC di Shah Alam pada Sabtu.
Sebelum berkampung di Bangkok, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan memeriahkan Piala Harapan di Pulau Pinang bermula Rabu hingga Sabtu depan.
Kejohanan itu melibatkan tiga lagi pasukan iaitu skuad tuan rumah, Penang FC, Kedah Darul Aman FC dan kelab dari Singapura, Geylang International FC.
Menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) pada 24 Februari ini semua pasukan giat memantapkan skuad masing-masing menerusi aksi persahabatan di dalam atau luar negara.
Beberapa kelab turut menjadikan negara Gajah Perang itu sebagai medan ujian termasuk Sri Pahang FC dan Sabah FC, manakala skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) terbang ke Dubai. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 29 2023

Majlis pelancaran jersi Selangor FC di Shah Alam pada Sabtu. - Foto Facebook Selangor FC

Harga Barang Makanan: Sesi libat urus, pemantauan berterusan
Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan basah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.

Lindsay Lohan, Ne-Yo bayar berpuluh ribu dalam kes promosi kripto
Beberapa selebriti termasuk Lindsay Lohan, Ne-Yo dan Akon bersetuju untuk membayar berpuluh ribu dolar bagi menyelesaikan tuntutan selepas mereka didapati bersalah mempromosikan pelaburan kripto tanpa mendedahkan bahawa mereka dibayar untuk promosi berkenaan.
![[TERKINI] Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat [TERKINI] Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015302/7699752571679560694589_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, hukuman penjara sepanjang hayat dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang.

Pembayaran Terbuka: Bincang perluas ke PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Hypermarket sosial untuk B40 dalam perbincangan
Ia bagaimanapun masih di peringkat konsep dan masih memerlukan masa untuk dibincangkan.

Ramadan: Nak perut 'six-pack'? Ini 5 rutin santai dan sangat berkesan
BULAN yang cukup dinanti-nantikan oleh ramai umat Islam di seluruh dunia.

Kapal tentera laut AS berlabuh di Busan
Persiapan giat dijalankan di kapal tentera laut Amerika Syarikat di Korea Selatan untuk latihan pendaratan Amfibia berskala besar yang pertama antara dua negara itu dalam lima tahun. Latihan itu yang digelar Ssangyong, dilancarkan pada Isnin dan berlangsung sehingga 3 April depan.
![[TERKINI] Annuar Zaini dilantik Pengerusi UDA berkuat kuasa hari ini [TERKINI] Annuar Zaini dilantik Pengerusi UDA berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015298/7699752561679560755885_640x360.jpg)
[TERKINI] Annuar Zaini dilantik Pengerusi UDA berkuat kuasa hari ini
UDA Holdings Berhad (UDA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd Annuar Zaini sebagai Pengerusi UDA berkuatkuasa hari ini 23 Mac. Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim.

Zahid Lancar Plan Besar Industri Halal 2030
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini melancarkan Buku Plan Besar Industri Halal 20302030 (HIMP 2030), iaitu rangka tindakan untuk menjadikan Malaysia peneraju utama industri halal dunia. Turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Mahkamah Rayuan benar kurangkan ganti rugi kepada waris pemuda mati ditembak
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan dan polis untuk mengurangkan jumlah ganti rugi kepada keluarga tiga pemuda yang terbunuh akibat ditembak dalam kejadian di Shah Alam.

Mukhairi Ajmal alami jangkitan kuman di perut, tidak sertai skuad B-22 di Singapura
Pemain tengah Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi,tidak akan menyertai skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara pada Kejohanan Piala Merlion 2023 di Singapura bermula Jumaat ini.

Liga Super: JDT pamer kejagoan di laman Selangor FC
Selangor menjadi mangsa terbaru juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang berpesta gol di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Liga Super: Cheng Hoe gesa perubahan segera pemain Selangor
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, menggesa barisan pemainnya untuk segera memperbaiki kelemahan menjelang aksi Liga Super bertemu Penang FC di Stadium Bandaraya hujung minggu ini.

Liga Super: Selangor membara, Terengganu-KL City buru mata elak tewas
Tan Cheng Hoe dijangka mengekalkan barisan kesebelasan utama yang sama untuk menentang Sri Pahang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Persiapan singkat bukan alasan - Cheng Hoe
Ia cabaran besar buat pemain kerana berdepan tempoh persiapan singkat iaitu cuma dua hari selepas aksi di Kuching pada Khamis.

Liga Super: Selangor berpesta gol, belasah Kuching City FC
Selangor FC berpesta gol apabila membelasah Kuching City FC 5-0 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, malam ini.

Bukan sekadar pelengkap, Kuching City 'ujian' buat Selangor
Anak-anak buah Irfan Bakti pastinya mahu memastikan tiga mata penuh apatah lagi beraksi di laman sendiri.

Liga Super: Selangor menang tipis 1-0 ke atas Kelantan United
Selangor FC mencatat kemenangan tipis 1-0 mengatasi Kelantan United pada aksi Liga Super 2023, malam ini.

Liga Super: Selangor FC ada lebih 'oomph' malam ini?
Selangor dilihat punyai lebih kelebihan pada perlawanan ini yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Orozco, pemain import terakhir Selangor FC
Pemain berusia 31 tahun itu dilihat mempunyai kelebihan yang dapat membantu menstabilkan pasukan pada musim ini.