awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Terengganu runding bawa pulang pelajar UPSI menerusi penerbangan ihsan TUDM
DUNIA
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
DUNIA
Perbicaraan baharu kematian Diego Maradona diadakan di luar Buenos Aires
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Selangor-JDT berentap buru Piala Sumbangsih di Iskandar Puteri

Astro Arena
Astro Arena
20/06/2025
04:30 MYT
Selangor-JDT berentap buru Piala Sumbangsih di Iskandar Puteri
JDT akan menentang Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada 8 Ogos 2025 di Stadium Sultan Ibrahim sebagai pembuka tirai Liga Malaysia. - Stadium Astro
JUARA 11 kali berturut-turut Liga Super iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berdepan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2024/25.

Ringkasan AI
  • JDT akan menentang Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada 8 Ogos 2025 di Stadium Sultan Ibrahim sebagai pembuka tirai Liga Malaysia.
  • Liga Super 2025/26 akan disertai 13 pasukan, termasuk dua kelab baru dari AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC.
  • Saingan musim baharu dijangka berlangsung selama 10 bulan, dengan Piala FA bermula Ogos ini serta Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup pada Januari 2025.

Pertembungan itu akan menjadi aksi pembukaan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 8 Ogos nanti.
Untuk rekod, Selangor membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih berdepan JDT musim lalu atas alasan keselamatan.
Perkara itu dikongsikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini dengan menjelaskan: "Kalendar Liga Malaysia musim ini akan bermula dengan pertembungan juara Liga Super JDT dengan naib juara Liga Super Selangor dalam aksi Sumbangsih pada 8 Ogos 2025 yang juga perlawanan pembuka tirai liga di Stadium Sultan Ibrahim," katanya.
Sementara itu, saingan Liga Super 2025/26 akan disertai sebanyak 13 pasukan iaitu Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, Kelantan Darul Naim FC, Kuala Lumpur City FC, PDRM FC dan DPMM FC serta dua kelab daripada AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC.
"Kejohanan Piala FA pula akan bermula pada pertengahan Ogos ini, Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup pada Januari 2025.
"Saingan Liga Malaysia 2025 dijangka berlangsung selama 10 bulan selepas selesai proses transisi musim lalu yang menyaksikan kelab-kelab mengharungi tempoh musim panjang selama 14 bulan bagi menyelaras kalendar Liga Malaysia selari dengan liga-liga utama luar negara." -- Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#JDT
#Piala Sumbangsih
#Liga Super
#Liga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami