IPOH: Selangor dinobatkan selaku juara Kejohanan Ragbi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia 10 Sebelah 2023 selepas menumbangkan PDRM 19-0 dalam perlawanan akhir kategori Cup di Stadium Ragbi Perak, di sini hari ini.
Kejayaan tersebut sekali gus menebus kekecewaan Selangor yang sekadar merangkul kedudukan naib juara dalam kejohanan sama tahun lepas, setelah tewas kepada ATM 0-3.
Dalam perlawanan itu, Selangor yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan Raimi Mohd Yusof, dilihat lebih mendominasi aksi apabila mendahului PDRM 7-0 menerusi try oleh Muhammad Nazreen Fitri Nasrudin pada minit kelapan, serta conversion yang berjaya disempurnakan Muhammad Faridzur Ismail di minit kesembilan.
Bersambung di babak kedua, Selangor terus melebarkan kedudukan kepada 14-0, kali ini giliran Muhammad Farid Fauzi berjaya menyudahkan try pada minit ke-12 manakala Muhammad Nazreen Fitri melakukan conversion di minit ke-13.
Muhammad Nazreen Fitri terus menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan apabila menyempurnakan try pada minit ke-20 sekali gus menutup peluang PDRM untuk bangkit.
Mengulas mengenai perlawanan, Raimi berkata kejuaraan Selangor adalah bersandarkan kepada faktor pengalaman selain komitmen para pemainnya yang berjaya mengunci pergerakan dan strategi pasukan lawan.
"Kelebihan kita adalah berdasarkan faktor pengalaman iaitu empat bekas pemain kebangsaan dan seorang pemain kebangsaan berada dalam pasukan. Faktor ini yang kita gunakan sepenuhnya dan menjadi sebab utama kita muncul juara," katanya.
Sementara itu, bagi perlawanan akhir kategori Shield, Melaka berjaya menggenggam kejuaraan selepas mengalahkan Pulau Pinang dengan jaringan 17-5, manakala dalam aksi final kategori Bowl, Johor muncul juara selepas 'membelasah' Pahang 48-0.
ATM pula menjulang kejuaraan dalam kategori Plate selepas menundukkan Sabah 22-0.
Sebanyak 17 pasukan menyertai kejohanan kali ini, terdiri daripada ATM, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Penjara Malaysia, Kelantan, PDRM, Perlis, Sabah, Johor, Sarawak, Perak, Labuan, Kuala Lumpur dan Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Para pemain Pasukan Ragbi Selangor selepas menjuarai kategori Cup ketika menentang pasukan PDRM pada saingan Kejohanan Ragbi MAKSAK Malaysia 10 Sebelah 2023 di Stadium Ragbi Perak hari ini. - Foto BERNAMA
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Selangor muncul juara Kejohanan Ragbi MAKSAK Malaysia 10 sebelah 2023
Selangor dinobatkan selaku juara Kejohanan Ragbi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia 10 Sebelah 2023.