SUKAN

Selangor rehatkan Katsuhito Kinoshi

Astro Arena 26/09/2025 | 04:30 MYT
Keputusan diambil tidak lama selepas Selangor menewaskan Tampines Rovers 4-2 dalam saingan ACC Shopee Cup kelmarin. - Stadium Astro
SELANGOR FC, dalam satu kenyataan sebentar tadi, memaklumkan bahawa kelab berkenaan memilih untuk merehatkan ketua jurulatihnya, Katsuhito Kinoshi, berkuatkuasa serta merta.


Ringkasan AI
  • Selangor FC rehatkan Katsuhito Kinoshi daripada tugas ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta.
  • Cristophe Gamel dilantik sebagai jurulatih interim sementara kelab mencari pengganti tetap.
  • Keputusan mengejutkan kerana dibuat selepas Selangor menewaskan Tampines Rovers 4-2 dalam ACC Shopee Cup.


Dengan keputusan itu, ketua jurulatih Selangor II, Cristophe Gamel, akan menggalas tanggung jawab sebagai ketua jurulatih interim sepanjang proses The Red Giants mencari seorang ketua jurulatih tetap yang baru.

"Selangor FC dengan ini mengumumkan bahawa Katsuhito Kinoshi telah direhatkan daripada tugas beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama.

"Pihak kelab ingin merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada beliau atas segala sumbangan, usaha dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama Selangor FC," kata kelab itu.

Apa yang mengejutkan, keputusan itu diambil tidak lama selepas Selangor menewaskan Tampines Rovers 4-2 dalam saingan ACC Shopee Cup malam kelmarin. -- Stadium Astro



#Selangor FC #rehatkan Ketua Jurulatih #Katsuhito Kinoshi #The Red Giants