SUKAN
Selangor sedia jalin kerjasama dengan Jojo Ghazali majukan sukan Muay Thai
Mohd Najwan berkata, Jojo (gambar) kini menjalani latihan intensif sepenuh masa di Bangkok berikutan kekurangan fasiliti, kepakaran jurulatih dan ruang pembangunan sukan tersebut di seluruh Malaysia. - Foto One Championship
SHAH ALAM: Selangor bersedia menjalin kerjasama dengan atlet profesional Muay Thai negara Johan Ghazali yang lebih dikenali dengan Jojo, bagi memperkukuh pembangunan sukan tersebut di peringkat negeri.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi berkata pertemuan dengan atlet muda berusia 19 tahun itu pada Isnin membuka ruang kepada perbincangan awal mengenai cadangan naik taraf ekosistem latihan Muay Thai.
"Beliau (Jojo) menyatakan hasrat dan komitmen untuk berperanan lebih aktif dalam pembangunan sukan Muay Thai dalam skala lebih besar iaitu merangkumi negeri termasuk masa depan cerah negara.
"Jojo turut berkongsi pengalaman beliau menjalani latihan di Bangkok, Thailand serta mengemukakan beberapa cadangan yang beliau percaya mampu memacu perkembangan Muay Thai di Selangor," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini semalam.
Terdahulu, Mohd Najwan menyempurnakan Majlis Penutup Program Usahawan Siswazah (GROW) dan Lanjutan (GROW PLUS) anjuran PKNS sebelum menyampaikan sijil dan trofi kepada 60 graduan yang telah menjalani lebih 20 modul perniagaan sejak Mac hingga November lepas, sekali gus mencatat jualan kumulatif berjumlah hampir RM106 juta.
Mohd Najwan berkata Jojo kini menjalani latihan intensif sepenuh masa di Bangkok berikutan kekurangan fasiliti, kepakaran jurulatih dan ruang pembangunan sukan tersebut di seluruh Malaysia.
Beliau berkata Thailand menjadi pilihan utama Jojo kerana sokongan terhadap pembangunan Muay Thai di dalam negara masih belum mencapai tahap optimum.
"Beliau membangkitkan keperluan meneliti penubuhan sebuah hab atau pusat latihan khusus untuk atlet Muay Thai di Selangor.
"Menurut Jojo ramai atlet berpotensi ketika ini berlatih di kelab kecil atau gim komuniti dan belum mempunyai akses kepada kemudahan latihan berskala besar," katanya.
Mohd Najwan berkata Jojo turut menawarkan diri sebagai jurucakap atlet Muay Thai kerana pengaruhnya dalam kalangan belia semakin meningkat.
Menurut Mohd Najwan pihaknya menyambut baik tawaran itu kerana peranan atlet seperti Jojo mampu memperkukuh usaha memperluas pembangunan sukan tersebut di peringkat akar umbi.
"Saya memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan sinergi dan bentuk kerjasama yang boleh diteroka bersama beliau.
"Setakat ini belum ada sasaran masa kerana pertemuan tersebut merupakan sesi awal namun tindakan susulan akan digerakkan tahun depan," katanya.
Beliau berkata sukan Muay Thai kini mendapat sambutan baik dan mampu membentuk disiplin serta jati diri atlet sekiranya dibangunkan melalui pendekatan profesional.
Petang Isnin, Jojo ditemani ibu bapanya mengadakan kunjungan ke pejabat Mohd Najwan bagi mengadakan perbincangan secara bersemuka mengenai hasrat merancakkan sukan mempertahankan diri itu di Malaysia termasuk Selangor.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Selangor bersedia menjalin kerjasama dengan atlet profesional Muay Thai negara Johan Ghazali, atau Jojo, bagi memperkukuh pembangunan sukan tersebut di peringkat negeri.
- Atlet berusia sembilan belas tahun itu mengemukakan cadangan naik taraf ekosistem latihan Muay Thai di Selangor serta perlunya penubuhan hab latihan khusus.
- Johan Ghazali menawarkan diri sebagai jurucakap atlet Muay Thai untuk memperluas pembangunan sukan di peringkat akar umbi, dan kerajaan negeri akan meneroka bentuk kerjasama dengan beliau pada tahun depan.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi berkata pertemuan dengan atlet muda berusia 19 tahun itu pada Isnin membuka ruang kepada perbincangan awal mengenai cadangan naik taraf ekosistem latihan Muay Thai.
"Beliau (Jojo) menyatakan hasrat dan komitmen untuk berperanan lebih aktif dalam pembangunan sukan Muay Thai dalam skala lebih besar iaitu merangkumi negeri termasuk masa depan cerah negara.
"Jojo turut berkongsi pengalaman beliau menjalani latihan di Bangkok, Thailand serta mengemukakan beberapa cadangan yang beliau percaya mampu memacu perkembangan Muay Thai di Selangor," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini semalam.
Terdahulu, Mohd Najwan menyempurnakan Majlis Penutup Program Usahawan Siswazah (GROW) dan Lanjutan (GROW PLUS) anjuran PKNS sebelum menyampaikan sijil dan trofi kepada 60 graduan yang telah menjalani lebih 20 modul perniagaan sejak Mac hingga November lepas, sekali gus mencatat jualan kumulatif berjumlah hampir RM106 juta.
Mohd Najwan berkata Jojo kini menjalani latihan intensif sepenuh masa di Bangkok berikutan kekurangan fasiliti, kepakaran jurulatih dan ruang pembangunan sukan tersebut di seluruh Malaysia.
Beliau berkata Thailand menjadi pilihan utama Jojo kerana sokongan terhadap pembangunan Muay Thai di dalam negara masih belum mencapai tahap optimum.
"Beliau membangkitkan keperluan meneliti penubuhan sebuah hab atau pusat latihan khusus untuk atlet Muay Thai di Selangor.
"Menurut Jojo ramai atlet berpotensi ketika ini berlatih di kelab kecil atau gim komuniti dan belum mempunyai akses kepada kemudahan latihan berskala besar," katanya.
Mohd Najwan berkata Jojo turut menawarkan diri sebagai jurucakap atlet Muay Thai kerana pengaruhnya dalam kalangan belia semakin meningkat.
Menurut Mohd Najwan pihaknya menyambut baik tawaran itu kerana peranan atlet seperti Jojo mampu memperkukuh usaha memperluas pembangunan sukan tersebut di peringkat akar umbi.
"Saya memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan sinergi dan bentuk kerjasama yang boleh diteroka bersama beliau.
"Setakat ini belum ada sasaran masa kerana pertemuan tersebut merupakan sesi awal namun tindakan susulan akan digerakkan tahun depan," katanya.
Beliau berkata sukan Muay Thai kini mendapat sambutan baik dan mampu membentuk disiplin serta jati diri atlet sekiranya dibangunkan melalui pendekatan profesional.
Petang Isnin, Jojo ditemani ibu bapanya mengadakan kunjungan ke pejabat Mohd Najwan bagi mengadakan perbincangan secara bersemuka mengenai hasrat merancakkan sukan mempertahankan diri itu di Malaysia termasuk Selangor.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan pertemuan antara Selangor dan atlet Muay Thai Johan Ghazali atau Jojo?
A: Pertemuan bertujuan untuk memperkukuh pembangunan sukan Muay Thai di peringkat negeri. - Q: Mengapa Johan Ghazali atau Jojo menjalani latihan intensif sepenuh masa di Bangkok?
A: Jojo menjalani latihan di Bangkok kerana kekurangan fasiliti, kepakaran jurulatih, dan ruang pembangunan sukan Muay Thai di seluruh Malaysia. - Q: Apa cadangan yang dibuat oleh Johan Ghazali atau Jojo untuk memacu perkembangan Muay Thai di Selangor?
A: Jojo mencadangkan penubuhan sebuah hab atau pusat latihan khusus untuk atlet Muay Thai di Selangor. - Q: Apakah peranan yang ditawarkan oleh Johan Ghazali atau Jojo kepada pihak berkuasa?
A: Jojo menawarkan diri sebagai jurucakap atlet Muay Thai dan berhasrat untuk memperluas pembangunan sukan tersebut di peringkat akar umbi. - Q: Apa yang dilakukan oleh Johan Ghazali atau Jojo semasa kunjungan ke pejabat Mohd Najwan?
A: Jojo bersama ibu bapanya mengadakan perbincangan dengan Mohd Najwan mengenai hasrat mempertahankan sukan Muay Thai di Malaysia, termasuk Selangor.