SUKAN
Selangor setuju cadang petanque, muay thai dan silambam dipertandingkan pada Sukma 2026
Mohd Najwan (tengah) berkata, sebarang keputusan tertakluk kepada persetujuan semua wakil negeri yang menganggotai mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersetuju mencadangkan tiga sukan tambahan iaitu petanque, Muay Thai dan silambam untuk dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd Najwan Halimi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sukma ke-22 Selangor 2026 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan itu kepada Jawatankuasa Tertinggi Sukma dalam masa terdekat kerana penambahan acara sukan perlu dimuktamadkan selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Ogos.
Mohd Najwan berkata, sebarang keputusan tertakluk kepada persetujuan semua wakil negeri yang menganggotai mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
"Susulan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada 5 Ogos, kerajaan negeri melalui Sekretariat Sukma ke-22 Selangor 2026 telah menerima permohonan dikemukakan beberapa persatuan sukan kebangsaan dan negeri agar mempertimbangkan semula pemilihan sukan tambahan untuk dipertandingkan.
"Oleh itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari hari ini memutuskan agar sekretariat mengemukakan cadangan tiga lagi sukan tambahan iaitu petanque, Muay Thai dan silambam kepada Jawatankuasa Tertinggi Sukma," katanya.
Mohd Najwan berkata demikian pada sidang media berhubung perkembangan persiapan temasya dwitahunan itu di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat, yang turut dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma 2026, Datuk Mohd Yazid Sairi.
Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak menghentikan tindakan mempolitikkan sukan dengan memainkan sentimen perkauman sempit dan jumud, kerana sukan adalah medan perpaduan menyatukan rakyat Malaysia yang seharusnya diraikan dengan semangat kesukanan tulen serta inklusif.
Mengulas ketiadaan sukan pickleball dalam senarai sukan akan dipertandingkan, Mohd Najwan berkata, pihaknya mendapati belum masa untuk memasukkan sukan itu walaupun semakin mendapat sambutan.
Sukan itu juga belum dipertandingkan di peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah Daerah atau Majlis Sukan Sekolah Malaysia.
Selasa lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma dipengerusikan Hannah Yeoh memuktamadkan beberapa keputusan penting berkaitan penganjuran Sukma 2026 antaranya penambahan tinju dan sofbol sebagai sukan wajib.
Selain itu, empat sukan tambahan diluluskan iaitu catur, e-sukan, kriket dan kabadi menjadikan keseluruhan 34 jenis sukan dipertandingkan pada Sukma 2026.
-- BERNAMA