SUKAN
Selangor tersingkir daripada ACL2 selepas tewas kepada Persib Bandung
Pemain Selangor FC, Zach Paul Clough mengasak pemain Persib Bandung pada perlawanan AFC Champion League Two, di antara Selangor FC menentang Persib Bandung di Stadium MBPJ, pada Khamis. - Gambar Bernama
PETALING JAYA: Hasrat Selangor FC untuk melangkah jauh dalam kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2025/26 musnah selepas tewas kepada wakil Indonesia, Persib Bandung 2-3 pada aksi peringkat Kumpulan G di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.
Kekalahan keempat berturut-turut itu sekali gus menutup peluang Gergasi Merah yang kekal di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata selepas tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini termasuk kepada lawan yang sama, Bangkok United dan wakil Singapura, Lion City Sailors.
Terdahulu, tuan rumah bermula garang apabila mendahului seawal minit ketiga apabila Chrigor Moraes menyempurnakan umpanan Alvin Fortes.
Penguasaan Selangor diteruskan sehingga memaksa kubu pertahanan pasukan pelawat melakukan kesilapan apabila Patricio Matricardi tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-17.
Bersambung babak kedua, Persib tampil agresif dan berjaya merapatkan jurang gol menerusi jaringan Andrew Jung pada minit ke-49, yang memanfaatkan keadaan kelam-kabut di gawang Selangor.
Memasuki 20 minit terakhir, kubu Selangor yang dikawal Sikh Izhan Nazrel sekali lagi dirobek anak buah Bojan Hodak menerusi jaringan Adam Alis Setyano pada minit ke-81.
Ketika perlawanan tampak berakhir seri, kesilapan Sikh Izhan pada masa kecederaan membolehkan Adam Alis merampas bola dan menjaringkan gol kemenangan untuk memastikan tiga mata berharga buat Persib.
Keputusan itu menyaksikan Persib kekal mendahului carta kedudukan Kumpulan G dengan 10 mata diikuti Bangkok United (sembilan mata) dan Lion City Sailors (empat mata).
Selangor masih mempunyai baki dua perlawanan peringkat kumpulan masing-masing menentang Bangkok United dan Lion City.
-- BERNAMA