SUKAN

Selepas 10 tahun, rekod Usain Bolt diperbaharui

Astro Arena 15/09/2025 | 05:55 MYT
Seville dengan larian 9.77 saat menewaskan rakan senegara, Kishane Thompson, dan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Noah Lyles, untuk bergelar pemenang. - Stadium Astro
SELEPAS 10 tahun, ini merupakan kali pertama gelaran dunia 100 meter (m) menjadi milik Jamaica menerusi Oblique Seville yang meraih pingat emas di Tokyo, Jepun semalam.


Ringkasan AI
  • Oblique Seville raih emas 100m di Kejuaraan Dunia Tokyo, menamatkan penantian 10 tahun Jamaica selepas era Usain Bolt.
  • Seville catat masa 9.77s, menewaskan Kishane Thompson dan juara Olimpik Paris 2024, Noah Lyles.
  • Jamaica sasar dominasi semula menjelang Olimpik LA 2028, dengan Seville dan Thompson sebagai taruhan utama.


Seville dengan larian 9.77 saat (s) menewaskan rakan senegara, Kishane Thompson, dan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Noah Lyles, untuk bergelar pemenang memperbaharui rekod pelari terpantas dunia, Usain Bolt.

Untuk makluman, Bolt merupakan individu terakhir dari Jamaica yang menggondol gelaran Kejuaraan Dunia itu 10 tahun lalu pada 2015 di Beijing, dan kini Seville sandaran baharu negara itu.

Misi lebih jelas, Jamaica mahu mendapatkan semula pingat emas menjelang Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Meskipun catatan masa belum berhasil menandingi Bolt dan Bolt kekal pelari terpantas dunia, Seville dan Thompson taruhan Jamaica dalam acara itu dan sedia mengangkat semula Jamaica di pentas dunia. -- Stadium Astro





#gelaran dunia 100 meter #Oblique Seville #Jamaica #Usain Bolt #Kejuaraan Olahraga Dunia