awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas emas berganda Asia, Azizulhasni intai gelaran dunia

Bernama
Bernama
21/07/2023
05:45 MYT
Selepas emas berganda Asia, Azizulhasni intai gelaran dunia
Azizulhasni berkata, pasukan trek kebangsaan akan bertolak ke Sepanyol esok untuk melakukan persiapan dan penyesuaian selama seminggu di sana, sebelum berlepas ke Glasgow. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Selepas kejayaan mengulangi pencapaian emas berganda di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 bulan lepas, jaguh berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kini mengintai gelaran Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada 3-12 Ogos ini.
Pelumba dikenali dengan julukan 'The Pocket Rocketman' itu berkata pencapaian di ACC menjadi tonik tambahan buatnya untuk mengulangi kejayaan merangkul emas acara keirin Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong.
Atlet berusia 35 tahun itu juga yakin mampu mengatasi cabaran pemenang pingat emas Kejohanan Dunia sebanyak 11 kali, Harrie Lavreysen di Glasgow nanti.
"Ketika berlumba dengan Lavreysen sebelum ini, saya rasa prestasi saya macam jauh tetapi bila melihat pencapaian di Kejohanan Asia tempoh hari, saya rasa macam petanda baik untuk mencabar beliau.
"Matlamat saya memang nak menang pingat emas kerana mungkin ini Kejohanan Dunia terakhir saya," katanya ketika ditemui semalam.
Pemenang pingat perak acara keirin Olimpik Tokyo 2020 itu berkata pasukan trek kebangsaan akan bertolak ke Sepanyol esok untuk melakukan persiapan dan penyesuaian selama seminggu di sana, sebelum berlepas ke Glasgow.
Bulan lepas, Mohd Azizulhasni meraih gelaran keirin dan pecut pada ACC di Velodrom Nasional, Nilai, sekali gus melonjakkan kedudukan beliau ke ranking ketiga dunia acara keirin serta keenam bagi acara pecut.
Kejayaan itu turut membantu beliau mencipta legasi sendiri untuk meraih pingat emas ke-12 peribadinya di ACC, selain mengulangi pencapaian emas bagi kedua-dua acara pecut dan keirin yang pernah dilakukan pada edisi 2008 di Nara, Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023
#Kejohanan Dunia 2023
#Atlet berbasikal negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan