SUKAN
Selepas Manchester United, Brighton muncul pasukan belasahan Fulham
Rodrigo Muniz (kanan) dan pemain lawan Jan Paul van Hecke berebut bola ketika perlawanan EPL antara Brighton and Hove Albion dan Fulham di Craven Cottage, London, 2 Mac 2024. (Foto AP)
RODRIGO Muniz sekali lagi muncul penjaring gol ketika Fulham merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Brighton di Craven Cottage.
Penyerang kelahiran Brazil itu meraih gol kelima dalam lima penampilan terakhir saingan Liga Perdana Inggeris selepas Harry Wilson membuka jaringan terlebih dahulu buat tuan rumah.
Adama Traore hadir sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol dalam separuh masa kedua.
Fulham kini meraih dua kemenangan berturut-turut dalam aksi liga sejak Disember susulan melakar kemenangan 2-1 ke atas Manchester United di Old Trafford.