[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
SPORTS

Selepas saringan kedua, Salah masih positif COVID-19

Hafizi Rosli 18/11/2020 | 23:40 MYT
Mohamed Salah masih bergelut dengan jangkitan COVID-19 apabila ujian saringan kedua menunjukkan dia positif virus itu. - Gambar fail
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah masih bergelut dengan jangkitan COVID-19 apabila ujian saringan kedua menunjukkan dia positif virus itu.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) pada Rabu.
Salah sebelum ini positif COVID-19 pada Jumaat lalu menjelang kelayakan Piala Afrika menentang Togo.
Salah yang merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Ingeris (EPL) musim ini dengan lapan gol akan terlepas untuk bermain bersama Leicester City Ahad ini.
Beliau juga berkemungkinan akan dikecualikan daripada beraksi bagi Liga Juara-Jura membabitkan Liverpool menentang Atlantan, minggu depan.
#MO SALAH #Liverpool #EPL #COVID-19 #ujian saringan #Mohamed Salah #Persatuan Bola Sepak Mesir #EFA #Leicester City