awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal

Bernama
Bernama
12/03/2025
00:20 MYT
Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu berkata beliau mengakui pergerakannya sedikit terbatas pada aksi tersebut. - Foto Facebook/BAM
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama kejohanan All England, selepas tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh bermula baik, apabila menang set pertama 21-19.
Bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan Zii Jia pada dua set berikutnya sekali gus menyaksikan Ka Long berjaya bangkit untuk menang 21-16, 21-12, dalam aksi yang berlangsung lebih satu jam.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu berkata beliau mengakui pergerakannya sedikit terbatas pada aksi tersebut, memandangkan beliau masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali yang dialaminya pada Disember lepas.
"Saya ingat saya telah bersedia untuk jelajah Eropah ini, kerana saya telah jalani latihan penuh selama dua minggu sebelum datang ke sini. Kecederaan ini ambil masa lebih daripada yang saya jangka.
"Mungkin saya terlalu tergesa-gesa untuk kembali. Perkara telah terjadi, jadi saya perlu menerimanya," katanya menerusi audio yang dikongsikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Sementara itu dalam kategori beregu lelaki menyaksikan dua lagi pasangan negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terkandas di pusingan pertama, selepas tewas pada lawan masing-masing.
Aaron-Wooi Yik tewas mengejut kepada gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 16-21, 21-16, 21-18, manakala Yew Sin-Ee Yi akur tumpas kepada pasangan tuan rumah Ben Lane-Sean Vendy 21-18, 21-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seluruh England
#Lee Zii Jia
#Aaron-Wooi Yik
#pusingan pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan