[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
SUKAN

Semangat Harimau Malaya untuk perlawanan final pertama malam ini!

Astro Awani 17/12/2014 | 08:34 MYT
FINAL: Malaysia menentang Thailand jam 8, malam ini - Foto Fail
Pertemuan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Thailand akan berlangsung pada jam 8 malam ini di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok.
Malaysia perlu menang pada perlawanan final pertama ini jika mahu selesa pada pertemuan final kedua di Stadium Bukit Jalil.
Melihat kepada prestasi Harimau Malaya pada beberapa perlawanan sebelum ini, pasukan negara perlu mengatur strategi mengukuhkan barisan pertahanan di samping mencipta peluang bagi menjaringkan gol.
Berdasarkan pertemuan Malaysia dan Thailand di peringkat kumpulan sebelum ini, pasukan negara perlu mengekang barisan serangan Thailand daripada mengasak kubu pertahanan Malaysia khususnya penyerang Thailand, K. Adisan.
Walaupun, Thailand dilihat punya banyak peluang kerana bermain di tempat sendiri, namun Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri apabila kerap menang di tempat lawan.
Di media sosial, penuh ucapan dan kata-kata semangat buat skuad negara.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#harimau Malaya #Piala Suzuki AFF 2014 #skuad negara #Thailand