SPORTS

Seminit RM1,600, gaji Cristiano Ronaldo cecah ratusan juta setiap bulan

Astro Arena 19/01/2025 | 04:00 MYT
Tempoh lanjutan bagi memperbaharui kontrak Ronaldo membabitkan sejumlah 167.9 juta pound (RM923 juta) setahun. - Stadium Astro
Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, merupakan penerima gaji tertinggi selepas menandatangani kontrak baharu bersama kelab terkemuka Liga Pro Saudi, Al-Nassr.
Tempoh lanjutan bagi memperbaharui kontraknya itu membabitkan sejumlah 167.9 juta pound (RM923 juta) setahun, sekali gus mengekalkan statusnya selaku pemain bola sepak paling mahal dunia.
Pemain antarabangsa Portugal itu menerima kontrak mengejutkan yang menyaksikannya menerima sekitar 164 juta pound (RM901 juta) menerusi sumbangannya di tengah padang, manakala 49 juta pound (RM269 juta) lagi daripada gajinya menerusi aktiviti di luar padang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pecahan gajinya, bekas pemain Manchester United itu bakal memiliki 3.19 juta pound (RM17.5 juta) seminggu dan pembahagian secara terperinci menyaksikan Ronaldo memperoleh 419,800 pound (RM2.3 juta) sehari - dan 291 pound (RM1,600) seminit. -- Stadium Astro
#Cristiano Ronaldo #gaji tertinggi #Al-Nassr #bintang Portugal