awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Senarai jawatankuasa' persatuan baru sepak takraw tempatan cetus persoalan

Astro Arena
Astro Arena
03/06/2021
21:59 MYT
'Senarai jawatankuasa' persatuan baru sepak takraw tempatan cetus persoalan
ROMMI: Perkara utama ialah, kenapa senarai nama tersebut dibuat lebih awal sedangkan persatuan belum wujud, perlembagaan belum wujud? - Foto Instagram romminorsal
IBARAT keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.
Itu situasi yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan bekas pemain sepak takraw negara susulan terbocornya senarai jawatankuasa bayangan yang bakal menggantikan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).
Dalam laporan wartawan Nadi Arena, Adam Zamri, pada Khamis, beberapa nama dilihat tidak relevan untuk berada dalam pucuk pimpinan baru itu.
Satu senarai nama terdiri daripada 12 jawatankuasa tertinggi dan 13 jawatankuasa kecil telah tersebar -- dipercayai exco bayangan yang akan mengisi portfolio entiti baru bagi menggantikan badan induk tempatan itu.
Bagaimanapun, beberapa nama mengundang rasa kurang senang kerana ia merupakan individu daripada rejim lama yang pernah berada dalam PSM selain nama yang langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sukan itu.
Malah, ia turut akan mencetus persoalan tatkala persatuan baru itu masih belum secara rasmi menghantar permohonan kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS), apatah lagi membentuk perlembagaan persatuan.
"Senarai nama tersebut dilihat tidak memenangkan mana-mana pihak.
"(Perkara) utama ialah kenapa senarai nama tersebut dibuat lebih awal sedangkan persatuan belum wujud, perlembagaan belum wujud.
"(Apa) yang menjadi tanda tanya ialah, (wujudnya jawatan) timbalan presiden dua," kata pemenang pingat perak Sukan Asia Bangkok 1998, Rommi Norsal.
Topic Berkaitan
#Persatuan Sepaktakraw Malaysia
#sepak takraw
#PSM
#bekas pemain
#pucuk pimpinan
#tidak puas hati
#jawatankuasa bayangan
#exco bayangan
#tidak relevan
#Pesuruhjaya Sukan
#Perlembagaan
#Rommi Norsal
#timbalan presiden dua
#senarai nama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan