Pemain bola sepak terhebat abad ini, Pele menasihatkan pemain bola sepak kebangsaan supaya sentiasa bersedia dan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri bagi menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Dunia akan datang.
Edison Arantes do Nascimento atau dilebih dikenali sebagai Pele, berkata apabila pemain berada di bawah tekanan dan memerlukan beraksi dengan baik, mereka harus bersedia dari segi fizikal dan mental.
"Anda (pemain) harus bersedia dan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri kerana anda akan sentiasa menghadapi tekanan. Misalnya, apabila saya menjaringkan gol pertama pada Piala Dunia 1958 di Sweden pada usia 17 tahun, saya tidak berdepan apa-apa tekanan dan semuanya normal.
"Tetapi semasa jaringan saya ke-1,000 di Maracana iaitu di penghujung karier saya selepas bermain selama hampir 20 tahun, ia sepakan penalti...tangan saya menggeletar sebelum mengambil sepakan kerana peminat mula berteriakan gol...nasib baik saya menjaringkan gol," kata Pele ketika program bersama pemain Harimau Malaya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Legenda bola sepak dunia itu meluangkan masa kira-kira 45 minit berkongsi pengalaman dan pandangan beliau semasa sesi itu yang merupakan sebahagian pelancaran kempen 'Yang Hebat Dahagakan Cabaran' oleh 100Plus, yang dihadiri lapan pemain kebangsaan dan pengamal media.
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan tekanan dalam beberapa minggu akan datang kerana akan berdepan Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin (16 Jun) di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia, yang juga dijadikan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu.
Antara pemain Harimau Malaya yang menyertai sesi perbincangan itu ialah Mohd Nasir Basharuddin, Khairul Fahmi Che Mat, Joseph Kalang Tie, D. Christie Jayaseelan dan Zubir Azmi.
Juara tiga kali Piala Dunia itu, menjelaskan bahawa untuk berjaya dalam era bola sepak moden, setiap pasukan itu perlu mempunyai formasi yang mantap di samping pemain individu yang hebat.
Pemain bola sepak berusia 74 tahun itu yang menjaringkan sejumlah 1,282 gol untuk Brazil dan kelabnya - Santos FC dan New York Cosmos, mengakui bahawa mendiang bapanya adalah inspirasi kepada beliau untuk bermain bola sepak.
"Bapa saya menangis kerana Brazil tidak dapat menjulang Piala Dunia di tempat sendiri. Kemudian, saya berjanji kepada bapa, saya akan membantu Brazil untuk memenangi Piala Dunia...ketika itu saya berusia sembilan tahun dan tidak tahu langsung tentang Piala Dunia.
"Beliau (bapa) adalah individu yang membimbing saya bermain bola sepak. Beliau sentiasa memberitahu saya, mempunyai bakat dalam bola sepak adalah anugerah Tuhan, tetapi perkara paling penting ialah menjadi orang baik," katanya.
Bekas Menteri Sukan Brazil itu juga berkata pemain Argentina Lionel Messi dan Neymar dari Brazil adalah pemain bola sepak terbaik dunia masa kini, dan mengakui bahawa beliau berhasrat beraksi bersama Cristiano Ronaldo, Oscar, Messi dan Javier Mascherano, jika dia benar-benar sihat.
Bintang Chelsea yang juga pemain Brazil, Oscar juga menghadiri program tersebut, dan berkongsi pengetahuan dan kemahirannya dalam klinik bola sepak bersama empat pasukan terbaik dalam Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan iaitu Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Tunku Mahkota Ismail (Johor), SSM Pahang, SMK Za'ba (Negeri Sembilan) dan SMK Putera (Kelantan).
Bloomberg
Fri May 29 2015
Pemain bola sepak terhebat abad ini, Pele beri nasihat kepada pemain bola sepak kebangsaan Harimau Malaya.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.