[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

"Sentiasa menyayangi dan menerima" - Safee Sali kongsi pengalaman sambut Aidilfitri bersama anak autistik

Astro Arena 02/04/2025 | 05:47 MYT
Safee menggambarkan pengalaman unik mereka, termasuk cabaran dihadapi membesarkan anak lelaki istimewanya itu.
BEKAS pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, berkongsi makna sambutan Aidilfitri bersama anaknya, Mateen, yang merupakan kanak-kanak autistik.
Menerusi laman sosial Threads, bekas penyerang negara itu menggambarkan pengalaman unik mereka, termasuk cabaran dihadapi membesarkan anak lelaki istimewanya itu.
Menurut Safee, Mateen menunjukkan rasa gembira dengan cara tersendiri, meskipun kadangkala sukar untuk mengawal emosinya.
"Day One Raya with Mateen.
"Setiap calar dan luka adalah tanda cinta yang tulus. Mateen meluahkan rasa dengan cara yang istimewa ketika dia terlalu excited dan happy," tulisnya di laman Threads. -- Astro Arena
#safee sali #anak autistik #Aidilfitri #anak istimewa