SUKAN
Seorang pemain EPL ditahan, disyaki merogol
Seorang pemain EPL berusia lewat 20an ditahan Polis Metropolitan kerana disyaki merogol dalam kejadian pada Jun 2022. - Gambar hiasan/Astro ARENA
SEORANG pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) ditahan kerana disyaki merogol.
Pemain itu, yang berusia lewat 20an, bagaimanapun, tidak boleh dinamakan atas sebab undang-undang.
Dia ditahan semalam selepas seorang wanita berusia 20an melaporkan kepada pihak polis berkenaan tuduhan rogol itu.
Jurucakap Polis Metropolitan berkata kepada Stats Perform: "Pada 4 Julai, satu pertuduhan kes rogol seorang wanita berusia 20an telah dilaporkan kepada pihak polis.
"Kejadian rogol itu dilaporkan berlaku pada Jun 2022.
"Pada 4 Julai, seorang lelaki telah ditahan di alamatnya di Barnet atas tuduhan merogol dan kini sedang direman.
"Siasatan mengenai perkara ini masih sedang berjalan," katanya.