awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia mara ke suku akhir regu

Bernama
Bernama
13/05/2025
13:56 MYT
Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia mara ke suku akhir regu
Aksi pemain pasukan negara, Mohamad Azlan Alias yang membuat libasan bola ke arah pemain pasukan Singapura, Muhammad Tasman Mohammed Belal bagi acara regu pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan slot ke suku akhir acara regu Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas menewaskan Singapura hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini, Malaysia yang diwakili Mohammad Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) bermula baik apabila menang set pertama 15-9.
Momentum itu kemudiannya diteruskan pada set kedua oleh anak buah Ahmad Mohd Zain apabila menang 15-6 untuk meraih kemenangan kedua Kumpulan D.
Terdahulu pada aksi yang berlangsung di sebelah petang Malaysia berjaya mengatasi Nepal 15-6, 15-6.
"Untuk dua aksi hari ini saya rasa pemain-pemain masih belum persembahkan kemampuan sebenar mereka.
"Mungkin selepas ini kita akan buat postmortem untuk tengok apa lagi yang perlu ditambah baik oleh skuad regu kita untuk perlawanan esok," kata Ahmad ketika ditemui selepas perlawanan menentang Singapura
Malaysia bakal melengkapkan perlawanan peringkat Kumpulan D bertemu Filipina esok bagi menentukan kedudukan juara dan naib juara kumpulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Sepak Takraw Piala Asia
#suku akhir
#acara regu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan