[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
SPORTS

Sepak Takraw Piala Asia: Double Malaysia bertemu India di separuh akhir

Bernama 11/05/2025 | 11:05 MYT
Muhammad Redwan Hakim Mohammad ketika menentang pasukan Taiwan peringkat kumpulan acara beregu pada ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak berdepan masalah mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Taiwan 2-0, dalam acara double Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Pasukan double negara menewaskan Taiwan 2-0, mengesahkan slot ke separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025.
  • Muhammad Noraizat dan Aidil Aiman Azwawi memastikan kemenangan set pertama 15-11, sementara set kedua menyaksikan pertukaran taktikal yang membawa kemenangan 17-15.
  • Malaysia, sebagai naib juara Kumpulan B, akan berdepan India, juara Kumpulan A, dalam perlawanan separuh akhir esok.

Pada perlawanan pelengkap bagi menentukan naib juara Kumpulan B, menyaksikan Malaysia membariskan Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi, selesa meraih kemenangan 15-11 di set pertama.
Set kedua menampilkan perlawanan mendebarkan dengan kedua-dua pasukan saling mencari mata, namun kemasukan semula Muhammad Noraizat yang digantikan seketika Muhammad Redwan Hakim Muhammad, mengubah kembali rentak permainan negara.
Servis deras terakhir diambil Muhammad Noraizat memberikan kemenangan mata akhir 17-15 buat negara.
Malaysia selaku naib juara Kumpulan B, dijadualkan bertemu India selaku juara Kumpulan A di pusingan separuh akhir, esok.
-- BERNAMA
#Sepak Takraw Piala Asia #Malaysia tewaskan Taiwan #mara ke separuh akhir #bertemu India