Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
SPORTS

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia tewaskan Jepun, ungguli Kumpulan B acara kuadran

Bernama 11/05/2025 | 10:46 MYT
Muhammad Afifuddin cuba menghalang bola dari libasan pemain Jepun Naito Toshitara dalam acara kuadran pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan saingan Kumpulan B dalam acara kuadran di kedudukan teratas selepas menewaskan Jepun pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.


Ringkasan AI
  • Pasukan kuadran negara menewaskan Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025, memastikan kedudukan teratas.
  • Dengan aksi sengit sejak awal permainan, Malaysia berjaya merebut kemenangan mutlak 15-10, dengan sumbangan penting daripada Amirul Zazwan dan Muhammad Afifuddin.
  • Malaysia akan beraksi dalam separuh akhir esok, sementara pasukan lawan hanya akan diketahui selepas perlawanan antara Korea Selatan dan Vietnam berakhir.


Pada aksi terakhir peringkat kumpulan itu, Malaysia yang mempertaruhkan Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak, Muhammad Shahalril Aiman Halim dan Muhammad Fetri Mohd Azwadi diberikan tentangan sengit seawal permainan, sebelum bangkit mencuri mata kemenangan set pertama 17-15.

Umpanan Amirul Zazwan yang disambut dengan rejaman Muhammad Afifuddin pada mata akhir tidak mampu ditampan sempurna oleh pemain Jepun, sekali gus akur memberikan kemenangan mutlak 15-10 kepada Malaysia.

Kuadran negara yang dibimbing Mohammad Zulkarnain Abdul Rahman akan beraksi dalam saingan separuh akhir esok dan pasukan lawan hanya diketahui sejurus perlawanan peringkat Kumpulan A, membabitkan Korea Selatan dan Vietnam berakhir malam ini.

"Ikutkan pada perlawanan berdepan China sebelum ini, sejujurnya memang masih tidak puas hati dan kita mula dapat rentak berdepan Filipina sebelum kita bawa momentum itu hingga ke hari ini.

"Esok tidak kisah siapa pun lawan kita, kami tetap bersedia," kata Amirul Zazwan ketika ditemui pemberita.

-- BERNAMA





#Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 #acara kuadran #Malaysia tewaskan Jepun #terkini