awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepak Takraw Piala Asia: Misi balas dendam Malaysia, jumpa Thailand di final

Bernama
Bernama
12/05/2025
10:37 MYT
Sepak Takraw Piala Asia: Misi balas dendam Malaysia, jumpa Thailand di final
Aksi pemain India Yumnam Akash ketika menentang pasukan Malaysia pada separuh akhir acara beregu ASTAF Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw kebangsaan menepati ramalan mengesahkan kemaraan ke final selepas menundukkan India 2-0 dalam acara double pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 hari ini.

Ringkasan AI
  • Skuad kebangsaan menewaskan India 2-0 dengan aksi cemerlang oleh Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi di Stadium Titiwangsa.
  • Malaysia bakal bertemu Thailand di final malam ini setelah tewas kepada mereka dalam peringkat kumpulan, dengan tekad untuk membalas kekalahan tersebut.
  • Pemain apit kiri, Aidil Aiman, menegaskan pasukan akan memberikan yang terbaik bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan akhir.

Duo mantap negara, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi seperti dijangka tidak mengalami kesukaran untuk melunturkan semangat pemain India, Yumnam Akash dan Sorokhaibam Malemnganba Singh dengan meraih mata pertama 15-12 di Stadium Titiwangsa di sini.
Set kedua, Malaysia membawa momentum positif tersebut untuk memutlakkan kemenangan 15-12.
Kemenangan tersebut sekali gus menyalakan misi balas dendam ke atas seteru utama Thailand di final malam ini, selepas pertemuan di peringkat kumpulan pada Sabtu lepas berakhir dengan kekalahan.
Terdahulu, negara Gajah Putih itu turut mengesahkan slot ke final apabila menundukkan Indonesia, 17-16, 17-15.
Pemain apit kiri negara, Aidil Aiman berkata tumpuan mereka kini untuk melunas dendam kekalahan kepada Thailand.
"Syukur Alhamdulillah kemenangan sebentar tadi ke atas India 2-0. Untuk malam ini yang pasti saya dan rakan sepasukan akan cuba untuk buat terbaik dan menang ke atas mereka (Thailand)," katanya ditemui selepas perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025
#acara double
#mara ke final
#bertemu Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami