awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepak Takraw Piala Asia: Regu Malaysia bertemu Vietnam di separuh akhir

Bernama
Bernama
14/05/2025
15:46 MYT
Sepak Takraw Piala Asia: Regu Malaysia bertemu Vietnam di separuh akhir
Aksi pemain negara, Mohamad Azlan Alias membuat libasan bola ke arah pasukan Brunei dalam pertandingan suku akhir acara Regu antara pasukan Malaysia dan Brunei di Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Regu negara menepati ramalan mara ke separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas mengetepikan Brunei dengan keputusan 2-0 pada aksi suku akhir di Stadium Titiwangsa, di sini malam ini.
Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Ahmad Mohd Zain bertemu regu Vietnam yang berjaya menundukkan Indonesia 2-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.
Terdahulu, Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) tidak berdepan masalah dalam mengekalkan momentum kemenangan selaku juara Kumpulan A pagi tadi untuk meraih mata pertama 15-7.
Kemasukan Mohammad Syahir Rosdi bagi menggantikan Muhammad Haziq menyuntik semangat pasukan sekali gus mengesahkan kemenangan ke atas Brunei dengan 15-4.
Sementara itu, dalam dua lagi aksi suku akhir menyaksikan India menewaskan Filipina 2-1 manakala Thailand menewaskan Jepun 2-0.
Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan di peringkat separuh akhir esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sepak Takraw Piala Asia
#Malaysia
#Vietnam
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan