SPORTS
Sepak Takraw Piala Asia: Regu Malaysia, Thailand jumpa di final malam ini

Aksi pemain Malaysia Mohammad Azlan Alias membuat libasan ke arah pasukan Vietnam semasa perlawanan separuh akhir acara regu pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan kemaraan ke pentas akhir acara regu selepas menewaskan Vietnam 2-0 pada aksi separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa hari ini.
Ringkasan AI
- Malaysia mara ke final Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas menewaskan Vietnam 2-0 dalam separuh akhir. Pasukan negara bakal berdepan Thailand dalam perlawanan akhir selepas Thailand menang 2-0 ke atas India.
- Trio Malaysia, Mohammad Syahir Rosdi, Farhan Adam, dan Mohamad Azlan Alias mendominasi permainan, dengan kemenangan 15-8 dan 15-10 ke atas Vietnam. Muhammad Haziq Hairul Nizam turut membantu pasukan dengan kemasukan strategiknya.
- Malaysia bakal menghadapi Thailand dalam final yang dijangka sengit, dengan Thailand berkemungkinan mahu membalas dendam atas kekalahan mereka pada Piala Dunia tahun lepas. Mohammad Syahir Rosdi menyatakan kesediaannya untuk menghadapi perlawanan akhir.
Di set kedua, trio Vietnam mengajak kejar-mengejar mata, namun ketenangan dan pengalaman Malaysia yang memasukkan Muhammad Haziq Hairul Nizam menggantikan Mohammad Syahir terus menjadi pemisah buat negara menutup kemenangan 15-10.
"Ikutkan kami bermain dalam tekanan menentang Vietnam sebentar tadi, namun ia berjaya diatasi untuk menempah pertemuan final berdepan Thailand. Mereka sudah pasti mahu balas dendam atas kekalahan pada Piala Dunia tahun lepas.
"Siapa pun pilihan pertama (tekong) untuk diturunkan pada malam ini oleh jurulatih, saya tetap bersedia," kata Mohammad Syahir kepada pemberita.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami