awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepanyol berpesta gol belasah Costa Rica 7-0

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2022
20:50 MYT
Sepanyol berpesta gol belasah Costa Rica 7-0
Gavi (kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol kelima pasukannya ketika perlawanan Piala Dunia kumpulan E antara Sepanyol dan Costa Rica, di Stadium Al Thumama, Doha, Qatar, 23 Nov 2022. (Foto AP)
JUARA edisi 2010, Sepanyol berpesta gol apabila membelasah Costa Rica 7-0 dalam saingan Kumpulan E Piala Dunia di Stadium Al Thumama sebentar tadi.
Skuad La Roja yang dibimbing bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi Dani Olmo.
Berbekal gol semangat itu, Sepanyol menggandakan asakan dan ia membuahkan hasil apabila pemain sayap, Marco Asencio meledak gol kedua 10 minit kemudian.
Penyerang Barca, Ferran Torres kemudian memastikan kedudukan selesa buat Sepanyol apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-31.
Sepakan itu diperoleh selepas Jordi Alba dijatuhkan oleh Oscar Duarte di dalam kotak penalti.
Bersambung babak kedua, Sepanyol terus ghairah menyerang dan Torres sekali lagi menjadi watak penjaring untuk menewaskan Keylor Navas buat kali keempat pada minit ke-54.
Tanpa belas ihsan Sepanyol dilihat tidak mengurangkan tempo permainan sebaliknya terus mengatur gerak untuk memburu gol.
*Ia kemudian membuahkan hasil apabila tiba giliran Gavi untuk meledak gol kelima La Roja pada minit ke-74.
Gavi yang berusia 18 tahun 110 hari mencipta sensasi tersendiri apabila menjadi penjaring ketiga termuda dalam sejarah Piala Dunia selepas Pele dan Manuel Mosas.
Skuad La Roja meneruskan malam gemilang menuju ke penghujung perlawanan apabila Carlos Soles turut mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-90
Gawang Costa Rica kemudian bergegar lagi buat kali ketujuh menerusi Alvaro Morata pada minit ke-92.
Sepanyol selepas ini akan menentang gergasi Eropah, Jerman pada 28 November.
Jerman pada aksi pembuka tirai dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada jagoan Asia, Jepun.
Costa Rica pula akan membuat perhitungan dengan Jepun pada 27 November. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sepanyol
#Costa Rica
#piala dunia qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan