awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Separuh akhir kedua Piala FA: 'Perang poster' antara Kedah, JDT makin meriah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/04/2016
09:54 MYT
Separuh akhir kedua Piala FA: 'Perang poster' antara Kedah, JDT makin meriah
Antara poster yang dihasilkan kelab penyokong Kedah dan JDT. - Foto sumber Facebook
ESOK akan berlangsungnya perlawanan separuh akhir kedua Superbest Power Piala FA antara empat pasukan - Johor Darul Takzim (JDT), Kedah, PKNS dan Perak.
Pasukan-pasukan tersebut akan saling berentap bagi merebut dua tempat perlawanan akhir pada 14 Mei ini.
Paling mencuri perhatian tentunya pertembungan dua juara tahun lalu, JDT (juara Liga Super 2015) dan Kedah (juara Liga Perdana 2015), di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin.
Menariknya, kelab penyokong kedua-dua pasukan, Boys of Straits (B.O.S - JDT) dan Ultras Kedah 09 (UK09 - Kedah) ada cara tersendiri untuk menambahkan rasa teruja dan tidak sabar penyokong kuat masing-masing khususnya, dan peminat bola sepak negara secara amnya.
Ramai pemerhati melihat perlawanan berkenaan akan menjadi satu perlawanan epik, bukan sahaja kerana title yang dipegang mereka, tetapi juga prestasi dan situasi semasa.
JDT dan Kedah dilihat punya corak permainan yang hampir serupa, iaitu penekanan kepada hantaran pendek.
Dan 'drama' di Stadium Darul Aman dalam dua perlawanan sebelum ini, juga dilihat faktor yang menghangatkan lagi keadaan.
Video: Bazooka Penaka (BPTV)
Mengikut ramalan banyak pihak, Kedah berdepan laluan sukar apabila hanya membawa kelebihan satu gol untuk bertandang ke stadium keramat JDT.
Pada peringkat separuh akhir pertama 16 April lalu, Kedah menang 2-1.
Topic Berkaitan
#JDT
#Johor Darul Takzim
#Kedah
#Piala FA
#separuh akhir kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan