awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara

Astro Arena
Astro Arena
04/05/2024
11:10 MYT
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bangkit daripada kekalahan dalam set pertama sebelum mencatatkan kemenangan ke atas gandingan tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang. - Foto BAM
MALAYSIA bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Ini selepas beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bangkit daripada kekalahan dalam set pertama sebelum mencatatkan kemenangan ke atas gandingan tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang, sebentar tadi.
Beregu tuan rumah berkenaan menguasai hampir keseluruhan set pertama dan sentiasa mendahului sebelum menang 21-15.
Bagaimanapun, Aaron dan Wooi Yik mula mencorakkan permainan sebenar mereka, di mana selepas menyamakan kedudukan 3-3, mereka tidak pernah ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 21-12 dalam set kedua.
Mereka kemudian jauh mendahulu 10-5 pada awal set penentuan tetapi membenarkan lawan memperoleh enam mata berturut-turut, sekali gus meningkatkan tekanan.
Aksi mendebarkan itu akhirnya berakhir memihak gandingan negara dengan kemenangan 21-17.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Thomas
#badminton
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Separuh Akhir
#ikat China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan