SUKAN

Sepp Blatter kena 'troll' secara langsung

Madiha Abdullah 21/07/2015 | 07:13 MYT
Blatter nampak terkejut dengan kehadiran Brodkin dan meminta agar pengawal keselamatan segera membawa Brodkin keluar. - Gambar AFP
Pelakon komedi dari United Kingdom, Simon Brodkin mencetuskan kekecohan apabila berjaya menyelusup masuk ke sidang media FIFA di Zurich pada Isnin.

Ia merupakan sidang media pertama membabitkan Sepp Blatter selepas pengumumannya untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden FIFA bulan lalu.

Brodkin, yang terkenal dengan nama pentasnya, Lee Nelson berjaya masuk dan menganggu Blatter yang sedang bersedia untuk memulakan sidang media sebelum melemparkan beberapa keping wang kertas ke arah Blatter.

Perilaku Brodkin dianggap simbolik skandal rasuah yang membabitkan Blatter dan FIFA, baru-baru ini.

Blatter yang terkejut dengan kehadiran Brodkin meminta pengawal keselamatan mengiringi Brodkin keluar dari lokasi itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ini bukanlah kali pertama Brodkin menyeludup masuk ke sesebuah majlis. Sebelum ini, dia pernah menyamar sebagai pemain bola sepak dan menyertai pasukan Manchester City beraksi di atas padang. Beliau juga pernah melantik dirinya menjadi 'artis jemputan' di konsert Kanye West.

Kredit video: Youtube Pete Lasow
#FIFA #Sepp Blatter