awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepupu Khabib, Umar Nurmagomedov sertai Professional Fighters League

Hilmi Ismail
Hilmi Ismail
30/07/2019
12:10 MYT
Sepupu Khabib, Umar Nurmagomedov sertai Professional Fighters League
Seperti juga Khabib, Umar mempunyai rekod professional MMA tanpa kalah dalam 10 pertarungan yang ditandinginya. - Foto Instagram/@umar_nurmagomedov
SEPUPU kepada juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov iaitu Umar Nurmagomedov kini sah bertarung untuk Professional Fighters League (PFL).
Seperti juga Khabib, Umar mempunyai rekod profesional MMA tanpa kalah dalam 10 pertarungan yang ditandinginya.
"Umar Nurmagomedov telah buktikan yang dia bukan hanya sepupu kepada Khabib, tetapi dia adalah bintang yang meningkat naik dalam sukan itu yang berpotensi besar," kata Presiden PFL, Ray Sefo dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sesawangnya.
"Kami teruja untuk menambah Umar ke kad PFL 6 kami, menjadikan ia satu acara yang penuh dengan aksi petarungan dalam divisyen heavyweight dan light heavyweight dengan tempat ke pusingan kalah mati menjadi taruhan," katanya Sefo lagi.
Sama seperti Khabib, Umar berlatih di dua tempat iaitu di Dagestan, Rusia dan di American Kickboxing Academy di San Jose, California, Amerika Syarikat.
"Umar adalah sepupu saya. Kami berlatih bersama-sama dengan ayah saya sejak dari dulu lagi.
"Ini adalah peluang besar untuknya (Umar) kerana dia akan bertarung secara langsung di saluran ESPN," kata Khabib.
Acara PFL 6 bagi musim 2019 dijadualkan untuk berlangsung pada 8 Ogos ini di Atlantic City, New Jersey.
Topic Berkaitan
#juara lightweight UFC
#Khabib Nurmagomedov
#Khabib's cousin
#MMA
#PFL
#Presiden PFL
#Professional Fighters League
#professional MMA tanpa kalah
#Ray Sefo
#sepupu Khabib
#UFC
#Umar Nurmagomedov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan