Sepupu Khabib, Umar Nurmagomedov sertai UFC

Haider Yutim
Januari 31, 2020 23:58 MYT
Umar (kiri) mempunyai rekod profesional MMA tanpa kalah dalam 12 pertarungan yang ditandinginya. - Foto Instagram/@umar_nurmagomedov
SEPUPU kepada juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov iaitu Umar Nurmagomedov disahkan telah menyertai promosi MMA terbesar dunia, UFC.
Perkara itu dimaklumkan oleh Khabib menerusi muat naik di akaun Instagramnya pada Jumaat.
Berusia 24 tahun, petarung kelahiran Dagestan, Rusia itu sebelum ini pernah beraksi dalam beberapa promosi MMA termasuk Professional Fighters League (PFL) dan Gorilla Fighting Championship (GFC).
BACA: Khabib hanya terima 'rematch' dengan McGregor jika UFC bayar AS$100 juta
Seperti Khabib, Umar mempunyai rekod profesional MMA tanpa kalah dalam 12 pertarungan yang ditandinginya.
Umar yang bertarung dalam divisyen featherweight, menjalani latihannya di Eagles MMA, Rusia dan di American Kickboxing Academy di San Jose, California, Amerika Syarikat.
#Eagles MMA #Gorilla Fighting Championship #juara lightweight UFC #Khabib Nurmagomedov #Mixed Martial Arts #MMA #PFL #Professional Fighters League #sepupu Khabib #UFC #Umar Nurmagomedov