SUKAN
'Sesuatu yang besar bakal berlaku' - Tunku Mahkota Ismail
Dari kiri: Soa Palelei, Khabib Nurmagomedov, Tunku Mahkota Ismail dan Sonny Bill Williams. - Foto INSTAGRAM/hrhcrownprinceofjohor
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memberi bayangan bahawa sesuatu yang besar bakal berlaku dalam arena sukan di negeri itu.
Ringkasan AI
Menerusi hantaran di media sosial baginda bertitah, perkara tersebut bakal menjadi titik perubahan penting terutamanya dalam beberapa bulan akan datang.
“Tiga juara dunia. Lelaki sejati, lelaki dengan prinsip dan nilai.
“Bermula hari ini, banyak perkara akan berubah terutama dalam beberapa bulan mendatang.
"Ketika peningkatan bertemu kehebatan. Ini takdir, Alhamdulillah," titahnya pada Selasa.
Baginda turut memuat naik gambar bersama tiga ikon sukan dunia iaitu bekas juara dunia UFC, Khabib Nurmagomedov; bekas pemain ragbi New Zealand yang kini menceburi sukan tinju, Sonny Bill Williams dan bekas juara MMA, Soa 'The Hulk' Palelei dari Australia.
Bagaimanapun, baginda tidak memperincikan perubahan yang dimaksudkan.
Hantaran itu menarik perhatian ramai penyokong sukan di Johor termasuk pengikutnya di media sosial. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, memberi isyarat mengenai perubahan besar dalam arena sukan negeri tersebut.
- Baginda memberi gambaran bahawa tiga juara dunia akan turut terlibat dalam perubahan penting yang akan berlaku tidak lama lagi.
- Meskipun tanpa perincian, hantaran tersebut menarik perhatian penyokong sukan Johor dan pengikut media sosial.