awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai lebih RM1,300
Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras
Nicole Kidman, Keith Urban sah bercerai selepas 19 tahun bersama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setengah juta orang mohon jadi sukarelawan Piala Dunia Qatar 2022 FIFA

Bernama
Bernama
29/07/2022
13:31 MYT
Setengah juta orang mohon jadi sukarelawan Piala Dunia Qatar 2022 FIFA
Lebih daripada setengah juta orang memohon menjadi sukarelawan global untuk Piala Dunia Qatar 2022 FIFA. - Gambar fail/AP
ZURICH: Lebih daripada setengah juta orang memohon menjadi sukarelawan global untuk Piala Dunia Qatar 2022 FIFA.
FIFA dalam satu kenyataan menyatakan, jumlah permohonan yang diterima melonjak daripada 100,000 sejak Oktober tahun lalu, membayangkan minat serta keghairahan peminat sukan berkenaan.
"Lonjakan jumlah permohonan ini amat menakjubkan.
"Peningkatan jumlah ini menunjukkan betapa program dan pentas sukarelawan kita menjadi suatu hakikat, sebuah komuniti global, dengan minat yang begitu mendalam untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA di Qatar hujung tahun ini.
"Sukarelawan memainkan peranan utama dalam setiap kejohanan FIFA. Sekali lagi, sukarelawan mempamerkan komitmen dan kecintaan mereka terhadap sukan ini dan untuk itu kami amat berterima kasih," kata Presiden FIFA, Gianni Infantino lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Majoriti permohonan untuk menjadi sukarelawan itu adalah peminat sukan di sekitar Qatar dengan 43.2 peratus dari Asia dan 40.2 peratus lagi dari negara Afrika.
Sebanyak 94.4 peratus pemohon boleh berbahasa Inggeris.
Permohonan untuk program sukarelawan itu akan ditutup pada Ahad, 31 Julai dan temuduga dijangka tamat pada 13 Ogos.
Program Sukarelawan Piala Dunia Qatar 2022 yang dilancarkan pada Disember 2022 adalah yang terbesar dalam sejarah penganjuran sukan berkenaan kerana setiap sukarelawan yang berdaftar,boleh memohon untuk menyertai program kejohanan persatuan antarabangsa lain.
Piala Dunia Qatar 2022 FIFA akan bermula 21 November hingga 18 Disember depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Qatar 2022
#FIFA
#sukarelawan
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan